Dalam program yang bermula pada 3 Mei lalu dan disertai oleh 200 peserta dari 12 buah negara, mereka berkesempatan untuk berkenalan antara satu sama lain dalam pelbagai acara yang disediakan oleh kerajaan Arab Saudi.

Selain menunaikan umrah, peserta-peserta juga dibawa melawat tempat-tempat bersejarah termasuk Bukit Uhud, Kompleks percetakan al-Quran dan kilang membuat kelambu Kaabah atau kiswah.

Semalam peserta-peserta telah diraikan dalam majlis makan makan di Taif yang diserikan dengan persembahan kebudayaan Arab Saudi.

Esok peserta-peserta akan kembali ke negara masing-masing dengan membawa seribu satu kenangan persaudaraan Islam sepanjang mengikuti program tersebut. - UTUSAN ONLINE