Menurut beliau, penyertaannya dalam pertandingan tersebut adalah kali pertama baginya sejak dia terlibat dalam dunia taranum sejak berusia 13 tahun.

Kata pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu, dia amat teruja untuk memperdengarkan bacaan pada malam ini kerana pencubaan kali pertama itu disifatkan amat bermakna buat dirinya.

“Saya tidak pernah menyertai mana-mana pertandingan tilawah di peringkat kebangsaan, melainkan dalam satu rancangan realiti Akademi al-Quran musim keempat, tetapi saya tersingkir pada minggu pertama.

“Tetapi apabila sampai ke tahap sebegini, saya sudah bersyukur,” katanya yang merupakan penghafal 30 juzuk al-Quran. - UTUSAN ONLINE