SEKIRANYA berhutang dengan jadual pembayaran berkala, maka tidak mengapa jika diperuntukkan wang untuk mengerjakan umrah. Contohnya pembiayaan kereta dan rumah dengan pihak kewangan. Pembiayaan kereta mengambil masa sekitar tujuh tahun dengan bayaran bulanan. Pembiayaan rumah mengambil masa 30 tahun dengan bayaran bulanan. Ada takaful pula yang menjamin pembayaran jika seseorang itu tidak mampu membayarnya.

Namun jika hutang dengan manusia dan waktu pembayaran sudah sampai, maka elok diutamakan pembayaran hutang kepada manusia.

Hutang bukanlah satu perkara kecil, sebaliknya ia satu perkara yang besar. Sikap meremehkan pembayaran hutang adalah sikap tidak baik.