Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Usaha pulih tinggalan Uthmaniyyah di Bosnia

ANTARA masjid yang menjadi sasaran dalam Perang Bosnia pada 1992. 3
ANTARA masjid yang menjadi sasaran dalam Perang Bosnia pada 1992.

PERANG BOSNIA pada 1992 sememangnya memberi impak yang besar kepada dunia Islam. Selain kehilangan saudara seagama, banyak masjid warisan era pemerintahan Uthmaniyyah musnah dalam perang berkenaan.

Antara tempat yang menerima impak itu adalah Banja Luka (kini pusat pentadbiran Republik Srpska Serb-Bosnia) dan difahamkan, ia memiliki 15 buah masjid pada zaman pemerintahan khalifah terakhir Islam itu.

Namun selepas perang itu tamat, usaha membaik pulih kesemua masjid tersebut rancak dijalankan secara berperingkat-peringkat. Banyak dana, sama ada daripada individu, organisasi atau negara Islam diterima bagi menjayakan kerja-kerja tersebut.

Tahun ini usaha itu tertumpu kepada Masjid Arnaudija, iaitu yang terakhir dalam senarai 15 buah masjid tersebut.

Setakat ini, serpihan seni ukiran masjid itu berjaya dikumpulkan dari tempat pembuangan sampah di sekitar Banja Luka dan Sungai Vrbas.

Serpihan itu dibersihkan, dibaik pulih dan dihantar ke tapak pembinaan masjid itu yang turut menjadi sasaran tentera Serb semasa perang itu meletus.

“Majlis peletakan batu asas dilaksanakan beberapa minggu lalu dan ia dihadiri sebilangan besar ilmuwan Islam dan wakil-wakil politik Bosnia dan Herzegovina serta Turki,” kata Pengarah Waqf Directorate of the Islamic Community of Bosnia and Herzegovina, Senaid Zajimovica.

Sebanyak 15 buah masjid yang dibina semasa era kerajaan Uthmaniyyah di Banja Luka musnah semasa perang Bosnia antara 1992 hingga 1995.

Namun selepas perang itu tamat, kira-kira 14 daripadanya berjaya dibina semula dengan bantuan dana Turkish Directorate General of Waqf Foundations dan yang terakhir dalam senarai itu adalah masjid Arnaudija.

“Pelan pengubahsuaian Masjid Arnaudija dilakukan dengan sangat teliti kerana selain daripada mengekalkan ciri-ciri binaan asal masjid itu, terdapat banyak lagi kemudahan lain yang turut dipulihkan.

“Kos keseluruhan projek pembinaan semula masjid itu mencecah €2.5 juta Euro (RM11.5 juta),” kata Zajimovica.

Masjid Arnaudija yang dibina pada 1595 itu berada bawah perlindungan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) sebelum perang itu, tetapi malangnya, ia dimusnahkan semasa Perang Bosnia tercetus.

Zajimovica berkata, masjid itu adalah monumen penting untuk Banja Luka, Republika Srpska, Bosnia dan Herzegovina. Ini kerana monumen itulah yang menjadikan Bosnia dan Herzegovina dikenali di dunia.

Jadi tidak hairanlah apabila Mufti Banja Luka, Osman Effendi Kozlic memberitahu bahawa pembinaan masjid terakhir era Uthamniyyah itu tidak perlu dilakukan dengan tergesa-gesa.

“Soal kewangan tidak menjadi masalah, tetapi memandangkan ia adalah projek utama, maka ia tidak menjadi isu jika projek itu mengambil masa satu atau dua tahun kerana apa yang penting ia dilakukan dengan baik,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Terkini
Video Pilihan
Artikel Lain