Seratus tahun lalu, dengan usaha dan bantuan Britain, mereka mengisytiharkan Deklarasi Balfour, sebuah ‘public statement’ dalam bentuk surat yang ditulis pada 2 November 1917 oleh Setiausaha Luar British, Arthur Balfour kepada Lord Walter Rothschild, seorang tokoh terkemuka Zionis di Britain. Surat ini dengan jelas menyokong penubuhan sebuah negara Yahudi di atas tanah air orang iaitu Palestin.

Deklarasi haram yang tidak bermoral ini melanggar prinsip-prinsip Liga Bangsa-Bangsa (kini dikenali sebagai Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu atau PBB). Ia telah membuka jalan kepada ‘penjajahan’ negara Palestin oleh Yahudi dan pencabulan serta pemusnahan secara paksa hak-hak rakyat Palestin yang sah.

Sejak itu terusirlah rakyat Palestin secara beransur-ansur ke diaspora sebaliknya menambahkan bilangan orang Yahudi yang diketahui asalnya hanya berjumlah enam orang sahaja di Palestin pada waktu itu. Hari ini kira-kira tujuh juta rakyat Palestin bertebaran di seluruh dunia termasuk mereka yang berada di Malaysia disebabkan segala angkara yang bermula dengan Deklarasi Balfour 1917.

Sepanjang era penjajahan Britain di Palestin, sejak tahun 1917, negara itu diketahui telah berusaha dengan kuat sekali untuk mendirikan sebuah negara dan tanah air bagi bangsa Yahudi di Palestin melalui dasar-dasar mereka.

Antaranya:

  • Membantu kemasukan pendatang haram Yahudi ke Palestin
  • Membantu pembinaan penempatan haram, pengambilalihan besar-besaran tanah rakyat Palestin secara paksaan
  • Melatih kumpulan militan Zionis seperti Haganah yang dibekalkan dengan senjata untuk memerangi, melakukan pembunuhan ke atas rakyat Palestin
  • Mencegah masyarakat Palestin daripada membina, membangunkan institusi-institusi mereka, sebaliknya membiarkan Zionis bertindak memusnahkan dan meminggirkan institusi-institusi masyarakat Palestin
  • Membantu mengusir rakyat Palestin dari kampung halaman dan tanah air mereka serta memusnahkan lebih 500 kampung penduduk Palestin
  • Menghalang sebarang usaha rakyat Palestin yang menentang pembangunan projek-projek Zionis Yahudi.

Tragedi berdarah Al-Nakba, Sabra, Shatila

Umat Islam juga tidak seharusnya melupakan peristiwa Al-Nakba bermaksud ‘malapetaka’ yang menyaksikan rakyat Palestin kehilangan sebahagian besar wilayah-wilayah mereka setelah ditawan oleh pasukan khas Yahudi terdiri daripada pesawat terbang, kereta kebal, jet pengebom dan anggota tentera berjumlah 60,000 orang. Dengan bantuan kuat Britain yang berundur dari tanah jajahannya itu pada 1948, Zionis Yahudi mencapai matlamat mereka sepenuhnya untuk menawan Palestin. Lebih 15,000 rakyat Palestin terkorban dalam peristiwa ini.

Selepas genap 100 tahun tindakan penjajahan haram Zionis Yahudi ke atas Palestin, tiada langsung tanda-tanda mereka mahu memulangkannya semula. Hari demi hari, Zionis Yahudi menunjukkan sikap sombong dan angkuh, apatah lagi rasa bersalah, namun apa yang mereka lakukan selepas itu lebih dahsyat. Selepas peristiwa Al-Nakba, dunia dan umat Islam jangan sesekali lupa terhadap peristiwa berdarah pembunuhan kejam rakyat Palestin di Kem Sabra dan Shatila di Lebanon pada 1982 dengan majoriti mangsa pembunuhan adalah kanak-kanak dan wanita tidak berdosa.

Pada 2005, Zionis Yahudi kemudiannya membina Tembok Aparteid sepanjang lebih 700 kilometer yang sudah pun diarah supaya dirobohkan oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa kerana menyalahi undang-undang antarabangsa, menambah beribu-beribu lagi penempatan haram Yahudi di atas tanah rakyat Palestin, merampas sebahagian Masjid Ibrahim yang suci bagi umat Islam di Betlehem dan kini sedang berusaha untuk menguasai sepenuhnya Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis seperti yang mereka lakukan baru-baru ini.

Tindakan-tindakan tersusun pihak berkuasa Israel menukar identiti dan sejarah budaya asal Palestin sejak beberapa dekad lalu jelas menunjukkan kesungguhan mereka untuk menguasai sepenuhnya negara Palestin daripada penduduk asalnya.

Jelas sekali, Zionis Yahudi tidak pernah puas untuk melakukan pembunuhan dan kezaliman ke atas rakyat Palestin selain melakukan pelbagai jenis bentuk diskriminasi dan jenayah ke atas rakyat Palestin. Akibatnya, kehidupan rakyat Palestin hari ini bagaikan hidup di dalam sebuah ‘neraka dunia’, penderitaan dirasai mereka siang dan malam, kanak-kanak dan wanita paling teruk merasai kezaliman Zionis Yahudi yang tiada perasaan belas kasihan dan perikemanusiaan.

BRITAIN PERLU MINTA MAAF KEPADA RAKYAT PALESTIN

Bagi Britain sendiri, mereka tidak pernah menunjukkan sikap bersalah dan mahu mengakui kesilapan mereka sebagai pihak yang paling bertanggungjawab terhadap tindakan jijik ke atas sebuah negara bangsa yang berdaulat dan bermaruah. Sudah sampai masanya Britain dihukum! Amerika Syarikat sekutu paling rapat Israel pula usah diharap melakukan apa-apa lantaran sikap berat sebelah dan anti-Islam yang ditunjukkan oleh negara ‘polis’ dunia tersebut.

Jika kembali melihat sejarah kesombongan dan keangkuhan kaum Yahudi ini iaitu sejak mereka membunuh nabi-nabi yang diutuskan kepada mereka lebih 1,000 tahun lalu, serta dengan melihat janji-janji Allah dalam al-Quran (Surah al-Isra’, al-Maidah dan al-Baqarah), tidaklah menghairankan segala tindak tanduk dan kejahatan mereka itu.

Sesungguhnya kaum Bani Israel itu pernah lenyap ditelan arus masa selain pernah dilaknat dan dihukum oleh Allah SWT berkali-kali disebabkan kesombongan dan kerosakan yang mereka lakukan di muka bumi ini.

Kesimpulannya, mengingati 1,00 tahun Deklarasi Balfour sewajarnya dilakukan umat Islam dengan meningkatkan darjah keimanan kepada Allah SWT dengan melakukan segala suruhan dan meninggalkan segala larangan-Nya, mengukuhkan tali perpaduan dan persaudaraan Islam agar tidak menjadi mangsa kepada sandiwara musuh yang sentiasa mahu menghancurkan Islam.

Tanpa tidak melupakan sama sekali nasib yang menimpa rakyat Palestin, umat Islam perlu terus berjuang bersama-sama rakyat Palestin menentang kezaliman Zionis Yahudi. Akhirnya, Balfour harus diingati sebagai dasar luar Britain yang paling menjijikkan!