Mereka ialah qari dari Sara­wak, Nordin Putit yang akan membacakan surah al-Anfal bermula ayat 67 mengikut taranum bayati dan soba manakala qariah Pulau Pinang, Nur Shahirah Fatini Mohd. Shaharuddin akan membacakan ayat 48 surah al-Maidah mengikut taranum bayati dan hijjaz.

Qari dari Selangor, Mohamad Raffe Ghalil Abbas pula akan membacakan surah al-An'am bermula ayat 95 mengikut taranum bayati dan rast manakala qariah dari negeri yang sama, Nor Ruzana Natiah Jaafar akan membacakan surah al-An'am bermula ayat 48 mengikut bacaan taranum bayati dan soba.

Peserta orang kurang upaya (OKU) yang merupakan qari Sabah, Muhammad Fiqry Muhammad Fahmy akan membaca ayat 59 surah al-Anfal mengikut taranum bayati dan nahawand manakala qariah ketiga yang akan memperdengarkan bacaan pada malam esok ialah Siti Aishah Md. Arif yang akan membacakan surah Yusof bermula ayat 93 mengikut taranum nayati dan hijjaz.

Qaria keempat yang akan memperdengarkan bacaan ialah Mohd. Hafas Ali dari Terengganu yang akan memcakan surah Yunos bermula ayat 37 mengikut taranum bayati dan rast.

Majlis pembukaan tilawah dan menghafaz peringkat kebangsaan tahun ini dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pada Isnin lalu dan sehingga malam ini, 14 orang qari dan qariah teleh memperdengarkan bacaan masing-masing.

Seramai 28 peserta terdiri daripada 14 qari dan 14 qariah memperdengarkan bacaan pada majlis ti­lawah yang bertemakan ‘Ukhuwah Islamiah Asas Penyatuan Ummah’ dan kali pertama menggabungkan majlis menghafaz yang diadakan pada sebelah siang.

Mereka diadili oleh 15 orang hakim yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Tan Sri Othman Mustapha.