Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Tingkat keupayaan golongan huffaz

SHAH ALAM,10 Januari  2017--Pendakwah, Azmil Mustapha pada Sidang
SHAH ALAM,10 Januari 2017--Pendakwah, Azmil Mustapha pada Sidang Akhbar 'Kisah Kerja' di Yayasan Restu, Shah Alam, di sini hari ini.GAMBAR/AMIR HAFIZ ABD RAHMANWARTAWAN/HISYAMUDDIN AYUB/HAIKAL/SYIKIN (AM/HIBURAN/AGAMA)

BUKAN mahu bersaing dalam membina pusat tahfiz di negara ini tetapi hasratnya mahu lebih daripada itu iaitu membantu golongan huffaz mencanai kebolehan yang ada dalam diri mereka.

Itu yang diimpikan oleh Azmil Mustapha, bekas anak seni yang popular suatu masa dahulu menerusi lakonan dalam filem Ali Setan dan Mekanik.

Beliau yang kini terlibat secara serius dalam aktiviti keagamaan termasuk menyampaikan ceramah dalam dan luar negara tidak menyembunyikan hasrat membina sebuah kompleks bagi menempatkan golongan huffaz di daerah Mantin, Negeri Sembilan dalam masa terdekat.

Bakal diberi nama Ummah Hadiqa al-Haq, sebidang tanah seluas lapan hektar hasil wakaf dan sebahagiannya dijual secara murah oleh penduduk setempat bakal digunakan bagi meningkatkan keupayaan golongan huffaz dalam ilmu hadis, bahasa Arab dan al-Quran.

LAHIRKAN HUFFAZ PROFESSIONAL

Menyasarkan seramai 200 orang hafiz untuk menjadi kumpulan pertama ditempatkan di kompleks tersebut, kesemua golongan hafiz itu akan diberi ‘latihan tambahan’ bagi menjadikan mereka seorang usahawan berdaya maju.

Azmil berkata, selain kumpulan huffaz tersebut bakal mendapat bimbingan daripada golongan pakar agama di negara ini, pihaknya akan membantu peserta atau ahli menjalankan tugas berdasarkan kecenderungan dan kepakaran masing-masing.

Katanya, jika seseorang hafiz itu berminat dalam bidang penerbitan, dia akan diberi bimbingan oleh tenaga pakar yang disediakan oleh pihak pengurusan bagi menjadikannya lebih berkemahiran tinggi dan seterusnya memberi sumbangan kepada ummah.

Jelasnya, beliau secara peribadi tidak mahu golongan hafiz di negara ini mensia-siakan bakat yang ada dalam diri, sebaliknya mengembangkannya demi kepentingan agama, bangsa dan negara.

“Takkan mereka yang berjaya menghafaz Al-Quran ini sekadar mahu menjadi penceramah agama sahaja? Jika ya, apakah akan ada peluang yang diperoleh sekiranya ramai golongan huffaz dihasilkan pada masa hadapan? Mereka ini perlu dibantu.

“Jika di sini, kami akan berusaha membentuk mereka menjadi insan lebih berketerampilan. Jika mereka ingin menjadi pegawai bank, mereka akan dilatih. Untuk masyarakat, ia satu kelebihan atau bonus kerana mereka mempunyai ilmu agama dan merupakan seorang hafiz al-Quran. Ini satu kelebihan buat ummah,” katanya yang ditemui dalam sidang akhbar di Yayasan Restu, Shah Alam, Selangor, baru-baru ini.

Yang turut hadir dalam sidang akhbar itu, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri.

Mengulas lanjut, Azmil berkata, kompleks yang bakal dibina di Mantin itu akan turut menempatkan masjid, madrasah pengajian, pusat persidangan, pusat riadah sukan sunah Nabi Muhammad SAW dan pusat penginapan.

Menurutnya, kawasan itu akan turut menjalankan program bermanfaat lain seperti penjanaan elektrik sendiri, sistem tali air, merealisasikan amalan kitar semula dan pembuangan sisa, aktiviti perladangan serta sebuah kawasan taman yang mampu memberi ketenangan.

Apa yang menarik katanya, beliau bersama pihak pengurusan akan membangunkan kawasan tersebut dengan membina 
semua bangunan daripada 
buluh.

Jelasnya, perkara itu bukan sahaja bersifat ‘eco-friendly’, malah berupaya mengurangkan penghasilan karbon kepada alam sekitar dan pastinya adalah mesra alam.

Katanya, menerusi penemuan dalam teknologi baharu, buluh merupakan bahan binaan yang jauh lebih kukuh dan sesuai untuk sebarang pembinaan struktur bangunan.

“Kanada dan Vietnam telah menggunakan teknologi ini dalam pembinaan mereka bagi digunakan pada peringkat antarabangsa. Saya juga telah berhubung dengan pihak kontraktor yang boleh membina bangunan menarik menggunakan buluh,” katanya.

Bagi merealisasikan perkara tersebut menjadi realiti menurutnya, sumbangan daripada orang ramai adalah sangat dialu-alukan.

Bekas pelakon itu berkata, pihaknya memerlukan sekurang-kurangnya dana berjumlah RM7 juta untuk membangunkan kompleks tersebut, selain membentuk kumpulan pengurusan dan tenaga kerja profesional.

Ditanya adakah pihaknya berupaya mengutip dana sebanyak itu, beliau secara jujur berkata, dia yakin akan ada pihak yang tampil membantu, selain menyerahkan perkara penubuhan kompleks itu kepada Yang Maha Kuasa.

  •  Pengumpulan dana menerusi derma dari RM10 sehingga RM100,000
  •  Sumbangan boleh digunakan kembali oleh penderma menerusi penebusan baucar
  •  Muamalat di kompleks tersebut bakal guna dinar emas (reload)
  •  Tiada had umur untuk huffaz yang berminat
  •  Syarat wajib masuk adalah mesti seorang hafiz al-Quran
  •  Tambah nilai keupayaan huffaz dalam pengajian hadis, Bahasa Arab, al-Quran
  •  Konsep, seni reka bangunan diperbuat daripada buluh, resort eko
  •  Lahir kumpulan huffaz yang hebat dalam pelbagai bidang pekerjaan
  •  

Artikel Berkaitan
Video Terkini
Video Pilihan
Artikel Lain