Ada dua insan yang terlibat dalam sistem gadaian. Pertama, penggadai yang mempunyai barang kemas lalu ingin menggadaikan barangnya bagi mendapatkan wang. Kedua ialah penerima barang gadaian dan dia memberikan wang sebagai hutang serta menerima barang gadai sebagai jaminan bagi hutang tersebut.

  • Barang gadaian hendaklah diserahkan kepada pihak yang menerima barang gadai. Ini selaras dengan nas al-Quran dalam Surah al-Baqarah yang menyatakan agar barang gadai diserahkan.
  • Barang gadaian hendaklah diterima dan disimpan oleh penerima barang gadai.
  • Barang gadai tidak boleh digunakan oleh penerima barang gadaian seperti memakainya sebagai perhiasan.
  • Ini kerana ia bukanlah jual beli tetapi adalah hutang.
  • Penerima barang gadaian tidak boleh mengambil manfaat atas hutang tersebut dengan menjadikannya sebagai koleksi barang kemas seperti miliknya sendiri.
  • Barang gadaian hendaklah disimpan di tempat yang sewajarnya sehingga sampai masa penebusan.