Keberangkatan baginda diiringi oleh Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Almarhum Sultan Idris Shah dan Orang Kaya-Kaya Imam Paduka Tuan, Datuk Dr. Afifi Al-Akiti.

Hadir sama Menteri Besar, Ahmad Faizal Azumu; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd. Gazali Jalal serta beberapa exco kerajaan negeri.

Selesai takbir, Sultan Nazrin menunaikan solat sunat Aidiladha bersama kira-kira 1,000 jemaah di masjid berkenaan.

Baginda kemudian mendengar khutbah bertajuk ‘Pengorbanan Menurut Perintah Allah’ yang disampaikan oleh Imam Besar Masjid Negeri, Abdul Farid Salleh serta bersalam dengan orang ramai sebelum berangkat pulang. - UTUSAN ONLINE