Baginda tiba pukul 8.20 pagi diiringi Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim; Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman; Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar dan menantunya, Dennis Muhammad Abdullah.

Yang turut hadir menyambut ketibaan ialah Menteri Besar, Datuk Osman Sapian; Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Azmi Rohani; Yang Dipertua Majlis Jumaah Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli dan barisan Exco.

Solat sunat Aidiladha dipimpin Imam Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ), Makhadzir Abdan, yang turut menyampaikan khutbah bertajuk ‘Pengorbanan untuk agama Allah’.

Sultan Ibrahim berangkat meninggalkan masjid kira-kira pukul 9 pagi selepas meluangkan masa bersalaman dengan jemaah yang hadir. - UTUSAN ONLINE