Upah duit tersebut tidaklah haram. Ini kerana punca duit bagi upah tersebut tidak perlu ditanya dan dipertikaikan kerana hukum mengambil upah adalah harus.

Secara umum, mungkin bukan itu maksud kawan saudara. Kemungkinan besar dia bermaksud bahawa haram memacak bendera bagi parti politik ABC kerana kita adalah penyokong parti politik XYZ.

Namun pada pandangan daif saya, ia tidaklah sampai ke tahap haram, kerana pihak saudara bertindak dengan profesional melakukan tugasan yang diminta.