Idea mewujudkan program tersebut tercetus apabila MAINS dengan kerjasama badan bukan kerajaan menyedari kepentingan suatu institusi pendidikan yang menyediakan ilmu-ilmu asas fardu ain kepada golongan mualaf.

Selain itu, Malaysia juga kekurangan institusi khas pendidikan mualaf yang menawarkan pengajian bersistem dan mempunyai hala tuju yang jelas.

Antara institusi yang menawarkan perkhidmatan pendidikan Islam secara sistematik kepada mualaf adalah seperti Institusi Dakwah Islamiah Perkim (IDIP) dan Pusat Bimbingan Saudara Baru (Pusba) yang masing-masing terletak di Kelantan dan Kedah.

Justeru demi kepentingan akidah Islamiah yang berteraskan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah, program seumpamanya diwujudkan untuk melahirkan golongan saudara baharu yang mempunyai ilmu asas fardu ain, sekali gus mengamalkannya dalam pembelajaran sepanjang hayat.

Bagi tujuan itu, MAINS telah melantik Kompleks Al-Sa’adah yang terletak di Rahang, Seremban bagi menguruskan segala program yang diwujudkan agar berjalan lancar termasuk dari segi pengurusan, pentadbiran serta pelaksanaannya.

Objektif utama program ini adalah untuk melahirkan golongan mualaf yang mampu mendalami ilmu membawa mereka kepada makrifatullah dan mengamalkannya sepanjang hayat dengan nilai dan etika Islamiah yang diajarkan oleh al-Quran dan Rasulullah SAW.

Sasaran program ini difokuskan kepada golongan saudara baharu khususnya di Negeri Sembilan dan umumnya di negeri-negeri lain di Malaysia.

Sehingga hari ini, program tersebut yang diperkenal pada Februari 2014 telah menjangkau tiga tahun dan penyertaan pelajar adalah dari pelbagai negeri.

Antara negeri yang menghantar dan menaja penyertaan pelajar adalah Selangor, Johor, Pahang dan Perak yang terdiri dari pelbagai kaum dan bangsa.

Kepelbagaian kaum dan bangsa saudara baharu menjadikan peserta berasa selesa untuk menjalani proses pembelajaran dan tambahan pula, suasana seni bina Kompleks Al-Sa’adah yang berlatar belakangkan kehijauan tumbuhan dan masyarakat Cina menambahkan lagi rasa keseronokan menuntut ilmu.

Selain itu, kompleks ini juga yang menjadi pusat sehenti dan tumpuan aktiviti harian mualaf turut mendedahkan pelajar dengan kehidupan mualaf yang lain.

KEMASUKAN BUKAN TERHAD KEPADA KELULUSAN AKADEMIK

Dalam pada itu, MAINS juga tidak menetapkan pemilihan kemasukan pelajar bagi menyertai program tersebut berdasarkan kelulusan akademik sahaja malah pemilihan berdasarkan tahap pengetahuan asas mereka tentang pengajian Islam, keinginan dan semangat untuk menuntut ilmu dalam mengikuti program.

Prapenilaian juga dibuat berdasarkan tahap pembacaan dan penulisan ketika sesi temu duga dijalankan oleh panel-panel bertauliah yang dilantik.

Pengajian program dijalankan mengikut sistem semester selama setahun iaitu tiga semester dan setiap semester dijalankan selama empat bulan meliputi kuliah, cuti dan peperiksaan.

Bagi semester pertama, mata pelajaran yang diperkenal memberikan penumpuan penuh kepada asas-asas fardu ain terutama pada aspek akidah Islamiah.

Selain itu, mata pelajaran lain turut diperkenal seperti subjek fikah, akhlak Islamiah, al-Quran, pelajaran Jawi, bahasa Arab, bahasa Inggeris, bahasa Melayu, hadis, sirah, tasawwur serta fikah mualaf yang memfokuskan kaedah atau tatacara berinteraksi dengan orang bukan Muslim secara berhemah.

Mata pelajaran yang diajar pula menekankan konsep asas teori dan praktikal supaya pelajar mengetahui pelaksanaan sesuatu ilmu dan hukumnya yang sebenar di lapangan serta realiti.

Hala tuju pelajar selepas graduasi juga dititikberatkan oleh Kompleks Al-Sa’adah agar kelangsungan perjalanan mereka untuk menuntut ilmu tidak terhenti begitu sahaja.

Berdasarkan pengalaman lalu, beberapa pelajar yang menuntut di Kompleks Al-Sa’adah berjaya menyambung pengajian mereka pada peringkat yang lebih tinggi seperti di Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM), Markaz Sri Petaling dan Institusi Latihan Dakwah Selangor (Ildas).

Selain bidang akademik, terdapat beberapa pelajar yang berkhidmat dan bekerja di Majlis Agama Islam Negeri yang menjadi penaja mereka sepanjang pengajian mereka di Kompleks Al-Sa’adah serta melanjutkan pengajian dalam bidang kemahiran di institut kemahiran yang ada di negara ini.

Antara syarat permohonan 4P:

  • Pemohon merupakan pemastautin di Wilayah-Wilayah Persekutuan semasa perkahwinan dijalankan di luar negara
  • Perkahwinan yang masih belum didaftarkan di mana-mana Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) atau Pejabat Agama Islam Daerah di Malaysia.
  • Melibatkan perkahwinan yang berlaku selepas 28 Jun 1984 iaitu selepas tarikh kuat kuasa Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 (Akta 303).

Melibatkan proses perkahwinan berlawanan dengan Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 (Akta 303) seperti:

  • Perkahwinan tanpa kebenaran mana-mana JAIN
  • Poligami tanpa kebenaran mahkamah syariah
  • Perkahwinan berlaku di luar negara dan tidak didaftarkan selepas tempoh enam bulan dari tarikh perkahwinan.

Diharap menerusi pelaksanaan 4P di Wilayah-Wilayah Persekutuan iaitu di Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya akan memudahkan semua urusan pendaftaran perkahwinan yang berlawanan dengan Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 (Akta 303).