Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Sihir: Usaha nista syaitan kepada manusia

SEBAHAGIAN daripada peserta yang menghadiri seminar Diagnosis
SEBAHAGIAN daripada peserta yang menghadiri seminar Diagnosis Sihir: Di mana penghujungnya di Kaherah, Mesir, baru-baru ini.

SIHIR ialah suatu ilmu dipelopori syaitan kepada manusia yang bakal mengundang kemudaratan sama ada kepada pengamalnya atau mangsanya.

Pendapat tokoh mengenai sihir:

Ibnu Khaldun - ilmu untuk menghasilkan kesan negatif ke atas mangsa dengan menggunakan anasir-anasir jahat daripada kekuatan kuasa ghaib (makhluk halus) atau sebagainya bagi tujuan jahat secara tersembunyi.

Datuk Dr. Haron Din - suatu ilmu tersembunyi yang memerlukan kemahiran khusus menerusi konsentrasi amalan kebatinan secara berdamping dengan makhluk halus bertujuan mendapatkan kekuatan batin, sekali gus membolehkan pengamalnya menghasilkan perkara luar biasa, mencarik adat, memukau dan mangsa mematuhi apa sahaja kehendaknya dengan terpaksa.

Wahid Abdul Salam Bali - permuafakatan, persetujuan antara ahli sihir dan syaitan untuk bersama-sama melakukan sesuatu yang diharamkan Allah bagi memudaratkan mangsa menerusi amalan-amalan syirik kepada Allah serta menunaikan apa sahaja permintaan ke atas ahli sihir itu.

Menyedari kepentingan isu ini, Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) dengan kerjasama Kelab Peguam Muda Malaysia Mesir (KPMM) baru-baru ini menganjurkan seminar bertajuk, ‘Diagnosis Sihir: Di mana penghujungnya’ di Kaherah, Mesir yang dihadiri mahasiswa jurusan syariah, usuluddin, perubatan, bahasa dan jurusan-jurusan lain.

Pelbagai isu berkaitan sihir dikupas, antaranya oleh:

- Penceramah dari Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam Darussyifa, Ikmal Zaidi Hashim.

- Penulis sendiri, barisan kepimpinan PPMM iaitu Timbalan Presiden, Naib Presiden, Setiausaha Agung; Abdul Rahim Sinwan, Marlina Amir Hamzah dan Ridha Abdah Subri.

- Antara exco PPMM lain yang membantu melancarkan seminar ini ialah Siti Razasah Abd. Razak, Yusmawati Ab. Llah, Abdul Halim Bahari dan Zainal Abidin Shaik Zakaria. Wakil PPMM dari Johor, Noor Azlina Muhd. Noor juga turut membentang kertas kerja beliau.

- Seminar ini menjadi lebih menarik dengan kehadiran beberapa hakim syarie iaitu Datuk Abdul Walid Abu Hassan (Ketua Hakim Syarie Pulau Pinang), Datuk Abdul Rahman Md. Yunos (Ketua Hakim Syarie Pahang) dan Muhammad Azhari Abd. Rahman (Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Pahang).

- Dua orang wakil Kelab Peguam Muda Jordan (KPMJ), Putera Muhammad Mu’izz Mahayuddin dan Mohd. Hafizuddin Shah Abd Latip juga turut hadir.

KEPERLUAN MEWUJUDKAN UNDANG-UNDANG BANTERAS SIHIR

Undang-undang membanteras amalan sihir perlu diwujudkan, tidak hanya perlu dilihat dari kaca mata undang-undang jenayah sahaja tetapi hendaklah juga terpakai kepada undang-undang lain sama ada sivil atau syariah.

Ini kerana sihir juga berlaku dalam hal ehwal kekeluargaan, perniagaan dan persahabatan. Sihir bukan sahaja melibatkan orang Islam tetapi orang bukan Islam juga ramai yang mengamalkannya.

Oleh demikian, sekiranya perkara mengenai sihir ini diletakkan di bawah ruang lingkup mahkamah syariah sahaja sudah tentu aspek utama undang-undang yang ingin diperkenal tidak kesampaian kerana orang bukan Islam bakal terlepas daripada kawalan undang-undang tersebut. Ia haruslah mencakupi mahkamah syariah dan sivil, sekali gus memberi keadilan kepada masyarakat bukan Islam.

Bagaimanapun, saya berpandangan pembuktian adalah masalah paling utama bagi mensabitkan kesalahan mengamalkan sihir ini. Ini kerana ia menggunakan makhluk halus yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar.

Kesukarannya berlaku pada dua peringkat, sekali gus mendatangkan kesukaran bagi membuktikannya di mahkamah:

1. Bagi membuktikan amalan itu adalah sebenarnya sihir.

2. Bagi membuktikan individu khusus yang mengamalkan sihir dan terkena kepada mangsa tertentu.

ALTERNATIF TERBAIK

Pihak berkuasa perlu menubuhkan satu badan khas dianggotai barisan pakar-pakar yang mempunyai kredibiliti tinggi termasuklah dalam kalangan ulama. Mereka ini perlu disaring dan dipastikan benar-benar mempunyai kepakaran dalam bidang berkenaan. Panel ini diberi tanggungjawab untuk memperaku tentang amalan sihir dan kesannya.

Perakuan dan asas-asasnya hendaklah dibawa ke mahkamah dan diterima oleh mahkamah sebagai keterangan yang konklusif. Dengan cara demikian, pakar-pakar ini tidak disoal balas di mahkamah dan tidak tertakluk kepada prosedur rumit pembuktian di mahkamah. Sehubungan itu, mereka akan dapat membantu mahkamah membuat keputusan yang tepat.

Menurut Haron, ilmu sihir yang dikatakan telah muncul sejak zaman Nabi Idris a.s. lagi bukan sahaja diharamkan dalam Islam malah agama lain seperti Yahudi dan Nasrani juga melarang amalan berkenaan.

Sihir sebenarnya wujud dalam mana-mana masyarakat sama ada yang maju atau mundur. Ahli-ahli sihir mengambil kesempatan daripada amalan mereka untuk faedah keduniaan tanpa menghiraukan nilai-nilai murni kehidupan sejagat.

Jabatan Peguam Negara disyorkan agar menubuhkan satu jawatankuasa khas dianggotai ulama dan pakar perundangan Islam yang mahir dalam perkara melawan sihir ini disertai pakar perubatan moden dan Islam serta penggubal undang-undang bagi menyediakan draf undang-undang berkaitan.

Ia seboleh-bolehnya tidak hanya tertumpu kepada sihir sebagai suatu kesalahan jenayah tetapi juga aspek pembuktian, hal ehwal berkaitan kekeluargaan dan juga perniagaan.

Dengan cara ini, undang-undang bakal digubal itu akan menjadi undang-undang komprehensif dan dinamik yang boleh menyekat amalan khurafat dan syirik seperti sihir. Walaupun ia nampak sukar dilaksanakan tetapi sebenarnya terdapat ruang-ruang yang boleh dimanfaatkan dari sudut undang-undang, prosedur dan keterangan bagi melaksanakan kawalan terhadap fenomena sihir ini.

Artikel Berkaitan
Video Terkini
Video Pilihan
Artikel Lain