Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Seru masyarakat berzakat di KUIS

ZULKIFLI ABD. HAMID (tengah) beramah mesra dengan pelajar pada 2
ZULKIFLI ABD. HAMID (tengah) beramah mesra dengan pelajar pada majlis Aidiladha di KUIS, baru-baru ini.

KEMISKINAN bukan faktor penghalang kepada pelajar untuk meraih kejayaan di menara gading apabila pelbagai usaha dilakukan pihak pentadbiran pusat pengajian tinggi bagi membantu pelajar.

Komited membantu golongan pelajar yang datang daripada keluarga miskin sama ada dalam dan luar negara, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) terus ‘memburu’ kumpulan pelajar tersebut demi memastikan kemiskinan bukan menjadi penyebab mereka gagal dalam bidang pengajian.

Timbalan Rektor (Pengurusan) KUIS, Dr. Zulkifli Abd. Hamid berkata, menjadi keutamaan buat pihak pentadbiran di pusat pengajian itu menangani masalah kemiskinan dalam kalangan mahasiswa tanpa mengira latar belakang dan warganegara pelajar kurang bernasib baik itu.

Katanya, bantuan berupa makanan dan wang tunai diberikan kepada mahasiswa miskin menerusi agihan zakat yang diuruskan oleh Pusat Zakat KUIS.

Menurutnya, sejak beroperasi tiga tahun lalu, Pusat Zakat KUIS menyalurkan bantuan kepada golongan mahasiswa yang dikenal pasti mengalami masalah kewangan dan pelajar luar negara yang tidak mempunyai pinjaman pengajian seperti dari Palestin, Thailand dan Kemboja.

“Bantuan berupa makanan dan wang sara hidup diberikan kepada mereka yang telah dikenal pasti oleh pihak fakulti masing-masing, selain ada yang datang sendiri kepada pihak pengurusan KUIS bagi mendapatkan bantuan kewangan apabila berlaku kecemasan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam majlis jamuan Aidiladha bersama mahasiswa asnaf anjuran Bahagian Zakat Wakaf dan Infaq KUIS baru-baru ini.

Yang turut hadir, Ketua Bahagian Zakat Wakaf dan Infaq KUIS, Halim Mokhtar dan Timbalan Dekan Fakulti Pengajian Peradaban Islam KUIS, Dr. Md. Noor Husin.

Mengulas lanjut, Zulkifli berkata, selain bantuan Pusat Zakat KUIS, tabung Yayasan KUIS turut membantu golongan pelajar tidak bernasib baik di pusat pengajian tersebut menerusi sumbangan infak atau sedekah.

Malah katanya, Yayasan KUIS turut menyalurkan bantuan kewangan bagi dimanfaatkan untuk program amal pelajar termasuk aktiviti dakwah bersama masyarakat dan membantu golongan gelandangan.

Bagi memastikan usaha murni itu dapat dilaksanakan secara konsisten pada masa hadapan katanya, beliau sangat berharap agar orang ramai dapat membayar zakat di KUIS kerana separuh daripada keseluruhan kutipan zakat akan diberikan terus kepada pelajar tidak bernasib baik.

Menurutnya, orang ramai yang membuat pembayaran zakat di KUIS akan turut mendapat pengecualian cukai seperti mana faedah pembayaran zakat di pusat zakat lain di luar sana.

Selain itu, jelasnya, sekiranya pungutan zakat tinggi diperoleh Pusat Zakat KUIS pada masa hadapan, ia boleh digunakan bagi membantu mengurangkan jumlah bayaran yuran pengajian dalam kalangan pelajar.

Sehingga September ini katanya, Pusat Zakat KUIS berjaya mengutip zakat sebanyak RM1.5 juta daripada orang ramai dan jumlah tersebut boleh meningkat sekiranya lebih ramai pembayar zakat membuat pembayaran di pusat pengajian tersebut.

“Kami di KUIS berharap agar lebih ramai pembayar zakat sudi untuk membayar zakat di sini kerana 50 peratus daripada jumlah zakat yang diperoleh akan diberikan terus kepada pelajar miskin dan selebihnya diserahkan kepada Lembaga Zakat Selangor.

“Selain memastikan mahasiswa tidak bernasib baik ini mendapat pembelaan sewajarnya dalam bidang pengajian, kami di KUIS juga mahu golongan pelajar ini tidak berasa rendah diri dan terpinggir ekoran masalah kemiskinan yang membelenggu diri mereka,” katanya. - HISYAMUDDIN AYUB

Artikel Berkaitan
Video Terkini
Video Pilihan
Artikel Lain