SEKS bebas selamat adalah hubungan kelamin dengan penggunaan kondom, ubat pencegah kehamilan dan sebagainya. Seks selamat adalah zina. Ia adalah haram dan tetap haram bagi individu Muslim.

Pernikahan pula adalah sesuatu yang bertentangan dengan seks bebas. Pernikahan adalah halal. Tiada keraguan lagi bahawa pernikahan lebih baik daripada seks bebas, manakala seks bebas adalah kotor, perbuatan keji dan tidak bermaruah.

Kadang-kadang kita bimbang dengan pernikahan pasangan muda, contohnya remaja berusia 20 tahun. Kita juga bimbang dengan pernikahan remaja di bawah umur sekitar 18 tahun.

Namun begitu, kita sewajarnya amat berasa bimbang dengan zahirnya seks bebas remaja di bawah umur bahkan seks bebas dalam kalangan orang dewasa.

Statistik kelahiran anak luar nikah adalah bukti jelas bahawa wujudnya hubungan seks bebas dalam masyarakat.