Kemenangan tersebut, sekali gus melayakkan pembaca setia akhbar Utusan Malaysia itu memperoleh tiket penerbangan umrah tajaan TH Travel & Services Sdn. Bhd. (THTS).

Turut memenangi tiket penerbangan itu ialah Sabariah Abd. Rahim, 41, dari Butterworth, Pulau Pinang sebagai pemenang tempat kedua.

Pengurus Kanan Jualan dan Pemasaran THTS, Zoolina Mohd. Naim berkata, pemilihan pemenang tersebut dinilai menerusi penyertaan kesemua 16 siri soalan dan Masthead Mega yang tepat dan lengkap selain slogan terbaik serta kreativiti menarik.

“Selain dua pemenang utama, tiga lagi peserta memenangi hadiah saguhati berupa tiket pelancongan ke luar negara juga menerusi tajaan THTS.

“Namun, apa yang penting tujuan kuiz ini adalah untuk memupuk minat bakal haji dan juga pembaca akhbar Utusan Malaysia mendalami ilmu dan hukum berkaitan ibadah haji, dalam masa sama mengetahui pakej-pakej umrah dan haji serta pelancongan ditawarkan THTS,’’ katanya.

Beliau berkata demikian ketika majlis pemilihan pemenang Kuiz Bicara Haji di Ibu Pejabat Utusan Melayu (M) Bhd., Kuala Lumpur, baru-baru ini. Proses pemilihan pemenang disertai wakil Mega Mimbar, Tabung Haji dan THTS.

Yang turut hadir, Pengarang Kanan Mega Utusan Malaysia, Gamal Nasir Mohd. Ali; Pengarang Mega Mimbar, Utusan Malaysia, Ahmad Tarmizi Abdul Rahim; Eksekutif Penerbitan Haji Tabung Haji, Noor Haszlina Samsi; dan Penolong Eksekutif Bimbingan Tabung Haji, Mohamad Fadzil Bidin.

Utusan Malaysia dengan kerjasama Tabung Haji telah menyiarkan artikel Bicara Haji dan Kembara Suci bermula 6 April sehingga 20 Julai lalu dengan masing-masing sebanyak 16 siri keluaran.

Kesemua pemenang bertuah akan dihubungi pihak Tabung Haji untuk penyerahan hadiah.

Senarai nama pemenang kuiz bersiri Bicara Haji