Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Peringatan dan muhasabah

PESERTA daripada pelbagai negara mengambil bahagian dalam satu 3
PESERTA daripada pelbagai negara mengambil bahagian dalam satu permainan yang diadakan ketika melawat pusat peranginan Taif.

Ikatan persaudaraan 
Islam amat penting dan atas sebab itulah ketika Program Umrah anjuran Kementerian Hal Ehwal Islam Arab Saudi berlangsung, penganjur menjemput imam dari Masjid Nabawi dan Masjidilharam menyampaikan ceramah yang berkisar soal pentingnya umat Islam bersatu tanpa mengira dari mana mereka berasal dan apa latar belakang mereka.

Ketika menyampaikan ceramahnya, Imam Masjid Nabawi, Sheikh Dr. Abdullah Abdulrahman Al-Baijan mengingatkan firman Allah SWT dalam Surah Ali Imran ayat 103 yang bermaksud:

“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai berai dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliah dahulu) lalu Allah menyatukan antara hati kamu (sehingga kamu bersatu padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah 
kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara...”

Timbalan Ketua Imam Masjidilharam, Sheikh Saleh 
Al Taleb pula mengingatkan umat Islam bahawa perbezaan mazhab antara umat Islam tidak boleh dijadikan benteng penghalang untuk mereka bersatu.

Sehubungan itu, beliau menggesa umat Islam 
supaya kembali merujuk 
kepada al-Quran, hadis, ijmak dan qiyas jika terdapat percanggahan pendapat dalam satu perkara dan bukannya menjadikan ia alasan untuk bermusuhan.

Sememangnya ukhuwah antara umat Islam masih 
belum kukuh. Mereka masih 
lagi berbalah akibat berbeza fahaman atau mazhab dan di sesetengah negara termasuk di Malaysia sendiri, perbezaan ideologi politik terus menjadi penghalang untuk mereka bersatu.

Kadangkala hanya perkara kecil sahaja kita berbalah sesama sendiri dan paling malang kita dilihat gagal bersatu waima untuk mempertahan perkara yang berkaitan dengan kepentingan Islam.

Segala-galanya berlaku 
kerana antara kita terus jumud dengan perbezaan ideologi politik atau ada dalam kalangan kita begitu mudah menjatuhkan hukum kepada orang Islam lain jika berbeza pendapat.

Inilah masalah yang mahu ditangani Arab Saudi melalui program umrah tersebut. Kerajaan bawah kepemimpinan Raja Salman Abdulaziz Al-Saud itu mahu menyatukan umat Islam dengan mengumpulkan kekuatan serta kelebihan yang ada pada mereka dan bukannya perbezaan.

Atas sebab itulah Arab Saudi mahu umat Islam menganggap negara itu, sebagai negara kedua mereka.

Ternyata sekali impian pemerintah Arab Saudi adalah mahu menjadi negara yang menyatukan ummah. Sebab itulah mereka bersedia menjadi penganjur kepada program tersebut.

Artikel Berkaitan
Video Terkini
Video Pilihan
Artikel Lain