Dia merupakan sebahagian daripada kumpulan pelarian Iraq dari bandar Mosul yang sanggup melakukan apa sahaja demi mendapatkan bantuan di kem pelarian sementara Al-Khazar, kira-kira 40 kilometer ke timur Arbil.

Pertempuran antara pihak tentera Iraq dan kumpulan pengganas Daesh yang berlanjutan lebih tiga bulan menyaksikan ramai rakyat Iraq menderita di bumi sendiri dan tidak kurang pula insan tidak berdosa menjadi korban. - AFP