Dilaporkan, bekalan elektrik di Gaza yang dikawal oleh Israel kini hanya disalurkan selama enam jam sehari akibat catuan dilakukan oleh sebuah syarikat pembekal tenaga elektrik negara tersebut sebagai tekanan kepada penduduk Palestin.

Bagaimanapun, Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, baru-baru ini mengambil keputusan untuk menghentikan bayaran elektrik kepada Israel bagi mengurangkan sumbangan ekonomi terhadap negara musuh tersebut. - AP