Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Panduan pemilihan pakej haji

TABUNG HAJI akan melantik Sahabat Tabung Haji yang terpilih dalam 5
TABUNG HAJI akan melantik Sahabat Tabung Haji yang terpilih dalam kalangan jemaah sebagai pembantu petugas haji.

BAGI musim haji tahun ini, Tabung Haji (TH) meluluskan TH Travel & Services Sdn. Bhd. (THTS), iaitu anak syarikat milik penuh TH dan 19 agensi pelancongan tempatan, yang dikenali sebagai Pengelola Jemaah Haji (PJH) untuk menawarkan perkhidmatan pakej haji.

Sehubungan itu, bakal haji yang menerima surat tawaran menunaikan haji tahun ini dan berhasrat menggunakan perkhidmatan pakej haji yang disediakan, mereka boleh berhubung terus dengan THTS atau PJH berkenaan. Tarikh akhir pendaftarannya adalah 26 Mei ini.

Tujuan TH meluluskan THTS dan PJH untuk menawarkan perkhidmatan pakej haji adalah bagi memberikan pilihan kepada bakal haji untuk menunaikan haji sama ada secara Muassasah yang dikendalikan oleh Tabung Haji sepenuhnya atau 20 PJH berkenaan termasuk THTS.

HARGA PAKEJ DITAWARKAN

THTS dan 19 PJH berkenaan ada mengeluarkan Brosur Perkhidmatan Pakej Haji (Brosur). Brosur ini adalah merupakan perjanjian perkhidmatan antara PJH dengan jemaah haji. Para jemaah berhak mendapatkan apa-apa perkhidmatan seperti yang dinyatakan dalam brosur tersebut.

Harga pakej yang ditawarkan dalam brosur adalah berbeza, bergantung kepada jenis pakej dan perkhidmatan yang dipilih.

  • Ia termasuk Bayaran Haji PJH 1438H sebanyak RM10,197.00.
  • Bayaran ini akan didebitkan oleh TH daripada akaun bakal jemaah haji.
  • Bakal jemaah hanya perlu membuat bayaran kepada PJH perbezaan antara harga perkhidmatan Pakej Haji dan Bayaran Haji.

Selaras dengan bayaran tambahan yang dikenakan, jemaah yang memilih perkhidmatan pakej haji bakal mendapat perkhidmatan yang mempunyai nilai tambah seperti berikut:

  • Bangunan penginapan lebih dekat dengan Masjidilharam atau Masjid Nabawi
  • Keadaan dalam bilik yang lebih selesa
  • Makan, minum disediakan secara buffet untuk sarapan pagi, makan tengah hari, makan malam
  • Nisbah petugas lebih ramai untuk menjaga kebajikan, memberi perkhidmatan kepada jemaah haji.

JEMAAH PJH 
TETAP JEMAAH TH

Semua jemaah yang menunaikan haji melalui THTS atau PJH adalah juga jemaah haji TH. Mereka layak dan boleh menggunakan perkhidmatan disediakan TH semasa berada di Tanah Suci, seperti perkhidmatan pengeluaran wang, perubatan, kaunseling, Talian Ibadah - tanpa dikenakan sebarang bayaran sama seperti jemaah Muassasah yang lain.

Bagi memastikan jemaah menerima perkhidmatan seperti yang dijanjikan, perkhidmatan yang diberikan THTS dan PJH kepada jemaah haji masing-masing, dipantau dan dinilai oleh Pasukan Pemantau yang dilantik oleh TH.

Ia bermula daripada pendaftaran jemaah haji, pengurusan pasport, keberangkatan jemaah dari tanah air ke Tanah Suci, sepanjang masa semasa jemaah haji berada di Tanah Suci dan sehingga mereka pulang semula ke Malaysia.

Empat perkhidmatan utama yang dipantau adalah seperti berikut:

  • Bangunan penginapan
  • Makan minum disediakan
  • Proses pergerakan jemaah haji
  • Perkhidmatan kebajikan yang diberikan petugas PJH kepada jemaah haji masing-masing.

Sekiranya THTS atau PJH gagal memberikan perkhidmatan seperti yang dijanjikan, jemaah yang terlibat boleh membuat aduan dan perlu dilakukan semasa masih berada di Tanah Suci.

Ia bertujuan untuk membolehkan Pasukan Pemantau TH melakukan siasatan dan mendapatkan bukti ke atas aduan tersebut. Sekiranya aduan dibuat setelah kembali ke Malaysia, siasatan dan bukti susah atau tidak boleh diperoleh.

Sebagai penutup, saya ingin mengingatkan bahawa mana-mana individu atau agensi pelancongan yang menawarkan perkhidmatan pakej haji tanpa memperoleh lesen PJH daripada TH merupakan satu kesalahan dan mereka akan dikenakan tindakan undang-undang.

Oleh itu jemaah yang berhasrat menunaikan haji menggunakan perkhidmatan pakej haji adalah dinasihatkan untuk menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh THTS atau mana-mana PJH yang diluluskan oleh TH sahaja.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain