Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Panduan menjadi wali Allah

ILMU ulama yang kekal manfaatnya adalah karamah maknawi yang jauh 2
ILMU ulama yang kekal manfaatnya adalah karamah maknawi yang jauh lebih hebat daripada karamah hissi. GAMBAR HIASAN

“AJAIB sungguh! Ketika ramai merungut kepanasan kerana kipas usang di surau kami merangkak perlahan, Tuan Guru meniup dengan mulutnya lalu kipas itu terus berputar laju.”

Ketika mendengar kisah di atas, pastinya kita terus yakin bahawa si fulan itu adalah seorang wali Allah. Lalu cerita karamah itu dicanangkan hebat serata dunia seakan karamah adalah rukun utama kewalian.

Jika seorang ulama atau orang soleh tidak zahir padanya keajaiban yang mampu ‘melopongkan’ manusia, maka mereka itu bukan wali. Ini sebenarnya satu persepsi yang kurang tepat.

Perlu diingatkan, keajaiban material boleh sahaja dikosmetikkan oleh jin dan syaitan. Nampak ajaib si fulan berjalan di atas air, namun boleh sahaja ia diusung oleh jin atau syaitan.

Karamah atau keajaiban kepada manusia pilihan Allah memang wujud. Ia direkodkan al-Quran:

“Maka dia (Mariam yang dinazarkan oleh ibunya) diterima oleh Tuhannya dengan penerimaan yang baik, dan dibesarkannya dengan didikan yang baik, serta diserahkannya untuk dipelihara oleh Nabi Zakaria. Setiap kali Nabi Zakaria masuk untuk menemui Mariam di mihrab, dia dapati rezeki (buah-buahan yang luar biasa) di sisinya. Nabi Zakaria bertanya: ”Wahai Mariam dari mana engkau dapati (buah-buahan) ini?” Mariam menjawab: “ialah daripada Allah, sesungguhnya Allah memberikan rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dengan tidak dikira,” (ali ‘Imran [3:37]).

Pun begitu, ia bukanlah rukun utama kewalian? Justeru apakah syarat utama menjadi wali? Kembalilah kepada bicara Pemilik sebenar para wali:

“Ketahuilah! Sesungguhnya wali-wali Allah, tidak ada kebimbangan (daripada sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berduka cita. “(Wali-wali Allah itu ialah) (1) Orang yang beriman dan mereka pula (2) sentiasa bertakwa. Untuk mereka sahajalah kebahagiaan yang menggembirakan di dunia dan akhirat; tidak ada (sebarang perubahan pada janji-janji Allah yang demikian itulah kejayaan yang besar,” (Yunus [10:62-64]).

Karamah hissi masih rendah darjatnya berbanding maknawi. Ia mempunyai kayu ukur kebenarannya iaitu sejauh mana pematuhan syariah pada diri manusia yang terzahir banyak keajaiban padanya. Jika muncul berbagai keajaiban pada seorang yang soleh lagi patuh syariah, mungkin benar dia seorang wali. Sebaliknya, jika keajaiban muncul pada seorang fasik, ia adalah 
tipu daya syaitan.

Dua rukun wali yang disebut Allah:

1. Orang yang beriman:

  •  Beriman kepada Allah tidak semudah menghafal Rukun Iman yang enam.
  •  Para wali Allah benar-benar menjiwai segala Rukun Iman, sekali gus mewujudkan slogan, ‘Allah didahulukan berbanding diri sendiri.’
  •  Setiap masa dosa dan pahala diawasi kerana iman mereka kepada malaikat yang sentiasa merekod aktiviti makhluk.
  •  Iman mereka kepada kitab mendorong mereka mematuhi segala isi al-Quran tanpa pilihan.
  •  Putih kata al-Quran maka putihlah kata mereka. Segala sunah utama Rasulullah ditelan walau pahit kerana itu manifestasi iman mereka kepada baginda.
  •  Hidup mereka diisi bekal akhirat kerana iman mereka kepada hari kiamat.
  •  Apa sahaja musibah menimpa diterima dengan tenang kerana iman mereka kepada qada dan qadar.

2. Sentiasa bertakwa:

  •  Takwa bermaksud jaga batas Allah dan takutkan kemurkaan-Nya. Ia seumpama melalui laluan penuh duri.
  •  Tidak diatur langkah semberono kerana ia bakal melukakan kaki. Hidup mereka diatur rapi agar tidak mengundang kemurkaan Allah.
  •  Ayat di atas (Yunus [10:62-64]) didatangkan Allah dalam fi’il mudhari’ atau perbuatan yang sedang dan sentiasa berjalan (sentiasa bertakwa).
  •  Takwa mereka melekat pada diri tanpa putus sehingga mati.
  • Jika menepati dua rukun ini, kita sebenarnya adalah wali Allah walaupun tidak dikurniakan karamah. Seperkara lain yang juga penting adalah kefahaman tentang karamah. Ia bercabang dua iaitu hissi (yang zahir dan mampu ditangkap pancaindera) dan maknawi (yang tidak zahir tapi kekal manfaatnya untuk umat Islam).

Segala legasi ilmu para ulama ummah yang kekal manfaatnya selepas pemergian mereka adalah karamah maknawi yang jauh lebih berharga daripada karamah hissi seorang wali yang hanya dinikmati sendirian. Antara petunjuk mudah mengenal wali Allah mengikut sabda Rasulullah SAW adalah: “Melihat mereka mengingatkan diri kepada Allah,” - al-Mu’jam al-Kabir Imam al-Tabrani.

Oleh itu, cintailah ilmu dan para ulama kerana kedua-duanya bakal menegakkan dua rukun kewalian dalam jiwa kita.

Semoga usaha keras kita menuntut ilmu demi untuk meraih iman dan takwa akan menempatkan kita di akhirat kelak bersama para wali dan kekasih Allah. Mengenal dan mencintai Allah sehingga membuahkan iman sejati dan takwa itulah keajaiban sebenar!

Artikel Berkaitan
Video Terkini
Video Pilihan
Artikel Lain