Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Paluan alat muzik dunia Islam

PALUAN alat muzik bendir mengiringi persembahan tarian sufi di 4
PALUAN alat muzik bendir mengiringi persembahan tarian sufi di Mesir.

ALAT muzik merupakan antara barangan kesenian terpenting dalam menghasilkan satu hasil seni yang indah iaitu muzik dan lagu. Alatan yang sering digunakan dalam kebanyakan wilayah Islam ialah sejenis alat muzik yang ringan, diperbuat daripada kulit haiwan dan kayu, berbentuk bulat dan dipalu dengan tangan bagi mengeluarkan bunyi mengikut rentak bersesuaian.

Ia mempunyai pelbagai nama di seluruh dunia Islam termasuk alam Melayu yang dikenali sebagai kompang dan rebana. Kedua-dua alat muzik ini boleh dimainkan oleh lelaki dan wanita kerana ia ringan serta mudah untuk dikendalikan.

Alat muzik ini banyak digunakan dalam majlis yang berkaitan dengan kemeriahan seperti majlis perkahwinan, kelahiran bayi dan kemenangan. Dalam alam Melayu kompang selalu dimainkan ketika menyambut ketibaan pengantin. Ia dimainkan secara berkumpulan dan lagu yang sering digunakan seperti selawat ke atas Nabi Muhammad SAW dan lagu, Selamat Pengantin Baharu.

Dari segi bahan, kompang dan rebana menggunakan kulit haiwan seperti kambing yang telah dikeringkan dan diproses. Ia kemudian dipasangkan kepada rangka kayu berbentuk bulat dengan cara meregangkan kulit sepenuhnya dan dipakukan pada sekeliling bingkai kayu.

Di beberapa negara Islam lain di Asia Tengah, kulit yang digunakan dikenali sebagai velum di mana kulitnya lebih nipis daripada kulit yang digunakan dalam pembuatan kompang dan rebana. Tebal atau nipis kulit haiwan yang digunakan bakal menghasilkan bunyi yang sedikit berlainan. Alat muzik ini turut dikenali dengan beberapa nama lain seperti bendir di Mesir, Iran, Syria, Tunisia, Algeria dan Libya.

Bendir digunakan sebagai alat muzik yang mengiringi persembahan dalam majlis sufi. Ia merupakan sejenis alat muzik universal yang diwarisi dari zaman sebelum kedatangan Islam.

Selain daripada kulit haiwan dan bingkai kayu terdapat juga yang mempunyai kerincing iaitu tiga keping besi atau logam nipis yang disusun bersama dan menghasilkan bunyi apabila diketuk.

Dalam alam Melayu, terdapat juga kompang dan rebana yang dilengkapi dengan kerincing. Alat muzik ini turut dipaparkan dalam lukisan miniatur dari negara Islam seperti Turki, Parsi dan India. Kerincing yang diletakkan pada bahagian tepi alat muzik ini menyamai dengan teknik yang digunakan pada alat muzik moden yang dikenali sebagai tamborin.

Alat muzik ini dipalu dengan beberapa teknik paluan tangan yang menghasilkan bunyi berbeza mengikut bahagian tangan yang digunakan. Antara bahagian tangan yang biasa digunakan bagi menghasilkan bunyi ialah tapak tangan dan jari.

Bahagian kulit haiwan yang diregangkan menghasilkan bunyi dengan sentuhan bahagian tangan walaupun satu jari. Ia nampak mudah namun memerlukan teknik yang betul supaya bunyi dihasilkan mempunyai irama sedap didengar dan bersesuaian dengan lagu disampaikan dalam sesuatu majlis.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain