Secara umum, umat Islam membenarkan muzik. Bahkan di era kejayaannya, umat Islam mampu mencapai kemajuan dalam bidang seni muzik. Muzik mempunyai peranan baik jika ditinjau daripada segi kehidupan sosial masyarakat ataupun kehidupan beragama. Islam itu adalah agama yang menghargai fitrah manusia. Kerana itu sah untuk dikembangkan.

Namun karya muzik yang membawa tema pemujaan kepada lawan jenis (gender) dan kebebasan yang tidak bertanggungjawab adalah dilarang. Sebuah karya muzik harus memenuhi dua syarat, iaitu memiliki unsur keagamaan daripada sisi lagu dan keagamaan daripada sisi pihak yang menerima lagu tersebut.

Di sisi lagu, harus mengarah kepada pujian kepada Allah SWT, manakala orang yang membawakan lagu tersebut harus mengenakan pakaian yang sopan dan tidak mendedahkan aurat. Justeru, dalam kaca mata Islam, sebuah karya muzik jangan sampai menarik pendengarnya kepada kemaksiatan dan perbuatan dosa.

Sebaliknya, muzik boleh menyebabkan seseorang itu tambah bertakwa. Contohnya kumpulan El-Suraya dengan lagu terkenalnya, Selimut Putih. Juga lagu-lagu patriotik tanah air yang membangkitkan semangat cinta kepada bangsa dan negara dan lagu-lagu yang mencintai alam semula jadi dan seumpamanya.

Menurut Nil Sari, daripada teks-teks dapat disimpulkan bahawa jenis muzik tertentu dapat mengubati penyakit tertentu atau perasaan tertentu. Pada era kesultanan Turki Usmani, terapi muzik biasanya digunakan untuk beberapa tujuan seperti pengubatan kesihatan mental, perawatan penyakit organik iaitu menyeimbangkan kesihatan antara badan, fikiran dan emosi. Muzik dapat berfungsi meningkatkan mood dan emosi secara total.

Pada tahun 1990-an muncul kelompok qasidah rebana beraliran pop yang dipopularkan oleh Hadad Alawi dan Sulis di Indonesia. Sedangkan di Malaysia sejak 1997 qasidah rebana dipopularkan oleh kumpulan muzik Raihan, Rabbani, Hijjaz, Saujana dan lain-lainnya.