JIKA muat turun itu dibenarkan maka tidak mengapa namun jika sebaliknya, ia tidak harus. Oleh itu, sewajarnya kita memastikan terlebih dahulu sama ada dibenarkan atau tidak sebelum melakukan sesuatu.

Sebagai contoh, terdapat satu pihak membeli satu set cakera padat (CD) al-Quran kemudian memuat naik dalam Internet, lalu pelbagai pihak memuat turun tanpa sebarang bayaran. Ini merugikan pihak yang menghasilkan CD itu kerana mereka tidak mendapat apa-apa bayaran hasil penat lelah mereka.

Isu yang sama berlaku kepada penerbitan buku. Dalam halaman awal buku, sudah dinyatakan bahawa tidak dibenarkan melakukan salinan, namun wujud pelbagai pihak yang membuat salinan walaupun tidak diizinkan.

Jika sekadar menyalin dua halaman sedangkan buku itu tebalnya dua ratus halaman, maka tidak mengapa.