Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

MUALAF DI TANAH SUCI

Pemandangan atas Jabal Nur, tempat terletaknya Gua Hira yang menjadi
Pemandangan atas Jabal Nur, tempat terletaknya Gua Hira yang menjadi tempat pertama turunnya wahyu Allah.

PELUANG ke Tanah Suci mengerjakan haji atau umrah menjadi impian setiap umat Islam. Tetapi mengambil kira kos perbelanjaan yang agak tinggi, tidak semua berpeluang melakukannya.

Namun peluang menjadi tetamu Allah bukan hanya untuk mereka yang berharta tetapi jemputan itu juga dianugerahkan kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki-Nya melalui pelbagai cara.

Peluang mengerjakan umrah secara percuma yang diterima 50 mualaf dari seluruh negara melalui program Umrah Perdana Mualaf tajaan Koperasi Permodalan Mualaf Berhad (KPMB), baru-baru ini disyukuri bagaikan bulan jatuh ke riba.

Peserta Umrah Perdana Mualaf di puncak Jabal Nur.
Peserta Umrah Perdana Mualaf di puncak Jabal Nur.

Bagi mualaf berbangsa Bidayuh, Siti Khadijah Abdullah, 55, yang sudah 15 tahun memeluk Islam, beliau tidak menyangka dapat menjejakkan kaki ke Tanah Suci kerana perbelanjaan yang tinggi dan memerlukan persediaan rapi.

Bukan itu sahaja tetapi apa yang lebih penting katanya, kunjungan ke Mekah dan Madinah itu telah menambah keyakinan serta membuka matanya terhadap kehebatan agama Islam.

Antara pengalaman yang paling menyentuh hatinya adalah ketika berada berhampiran Makam Rasulullah SAW 
di Masjid Nabawi dan berada di tapak-tapak bersejarah seperti Bukit Uhud, Jabal Thur dan Masjidilharam.

“Hati saya cukup tersentuh setiap kali mutawif menceritakan kisah-kisah perjuangan Rasulullah SAW dan para sahabat untuk menyebarkan Islam. Setiap kali itu saya menangis.

“Tanah Suci bukan sahaja suatu tempat yang indah tapi ia juga adalah bukti kebenaran ajaran Islam. Syukur kerana diberikan peluang ini,’’ katanya.

Menurut Siti Khadijah, walaupun menyimpan hasrat untuk sampai ke Tanah Suci namun tidak sesekali menyangka doanya dimakbulkan secepat itu.

“Sekarang saya percaya betapa kuatnya kuasa doa yang menjadi amalan orang Islam. Insya-Allah saya akan ke Tanah Suci lagi untuk membawa anak perempuan,’’ katanya.

Artikel Berkaitan
Video Terkini
Video Pilihan
Artikel Lain