Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Misi IKIM sempena 25 tahun

IKIM mempunyai sumber tenaga yang mantap untuk tangani isu pelampau di negara ini. 2
IKIM mempunyai sumber tenaga yang mantap untuk tangani isu pelampau di negara ini.

SUKAR untuk menafikan tanggapan umum yang mengaitkan Islam dengan gejala ekstremis. Pelbagai sebab yang menjadikan kaitan itu seolah-olah nampak ‘betul dan benar’ dan antara faktornya itu adalah media.

Penggunaan media sosial dan juga penulisan tradisional dalam akhbar bercetak, buku, risalah atau majalah mampu mencapai khalayak ramai tanpa mengira sempadan jantina, umur dan bangsa.

Namun begitu, tidak boleh dinafikan bahawa ada banyak pihak dalam kalangan umat Islam muncul bagi memutuskan kaitan tersebut, antaranya adalah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

Ketua Pengarahnya, Prof. Datuk Dr. Azizan Baharuddin menyatakan bahawa peranan itu dimainkan dengan menampilkan tokoh pemikir Islam sama ada dalam atau luar negara untuk mengulas isu tersebut berasaskan nas al-Quran dan hadis Rasulullah SAW.

“Ia juga selaras dengan tujuan utama penubuhan IKIM iaitu untuk meningkatkan kefahaman Islam dari pelbagai sudut ilmu untuk orang Islam dan bukan Islam,” katanya ketika selepas melancarkan logo 25 tahun IKIM, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Yang turut hadir,Timbalan Ketua Pengarah IKIM, Dr. Mohd Zaidi Ismail.

Bagi memperkukuh lagi usaha itu, IKIM yang menyambut ulang tahun ke-25 penubuhannya pada tahun ini telah menggariskan pelbagai program dan aktiviti menarik sepanjang tahun ini.

Ia bukan hanya program berbentuk seminar, muzakarah, latihan dan bengkel tetapi turut merangkumi program penyiaran, penerbitan buku dan penganjuran karnival serta konsert bercirikan Islam.

IKIM juga akan menggunakan sayap penyiarannya iaitu IKIMfm dan tvIKIM agar usaha itu mampu mencapai khalayak atau penonton sehingga ke seluruh pelosok negara.

“Apa tidaknya, pendengar radio IKIMfm kini berjumlah lebih satu juta orang dan ini menunjukkan bahawa program kami mempunyai peminat setia,” katanya.

Tema bagi sambutan itu adalah ‘Peradaban Kelestarian - Memahami Umat Membina Peradaban.’ Sambutan itu bermula pada bulan depan dengan acara pertamanya adalah seminar antarabangsa iaitu Kelestarian Agama dan Ketamadunan (Religion and Civilization Sustainability) di IKIM.

Seminar dua hari itu dijangka dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan bakal disertai tokoh serta pemikir tersohor dalam serta luar negara.

Sempena sambutan itu juga, tvIKIM bakal memperkenal beberapa rancangan baharu, antaranya adalah program bual bicara, dokumentari dan e-learning.

Selain itu, Azizan berkata, objektif sambutan tersebut turut merangkumi usaha IKIM untuk mengubah minda masyarakat Islam tempatan agar menjadi individu bijak dalam menilai setiap maklumat yang tersebar dalam media sosial masa kini

Ini kerana, beliau melihat begitu banyak maklumat atau pengetahuan dalam media yang kesahihan sumbernya boleh dipertikai.

“Ada juga maklumat atau berita yang sengaja direka-reka atas kepentingan tertentu tetapi begitu dipercayai sehingga menimbul polemik berpanjangan semasa umat Islam sendiri,” katanya. - Gambar SHIDDIEQIIN ZON

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain