Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Mencari hikmah yang hilang

KEBANYAKAN isu dalam negara diukur dari parameter politik kepartian,
KEBANYAKAN isu dalam negara diukur dari parameter politik kepartian, sedangkan sepatutnya ia wajib menjadi tanggungjawab semua umat Islam. GAMBAR HIASAN

KEBEJATAN dan kemunduran umat Islam ketika ini disebabkan oleh kesilapan dalam meletakkan keutamaan sesuatu permasalahan atau tidak berhikmah semasa memutuskan sesuatu tindakan.

Umat Islam perlu melakukan anjakan paradigma bermula daripada diri sendiri sebelum memperbetul orang lain.

Umat pilihan ini perlu beralih daripada perspektif konvensional kepada yang lebih baik, iaitu daripada mementingkan format dan simbol kepada hakikat serta kandungan. Termasuk beralih daripada perdebatan yang hanya mementingkan kemenangan kepada muzakarah membuahkan hasil dan meminggirkan sikap emosional kepada menguasai ilmu.

Umat Islam juga perlu mengalihkan tumpuan daripada tidak habis-habis bercakap tentang masalah furuk (cabang) kepada menumpukan kepada penyelesaian masalah pokok.

Beralih daripada menyusahkan kepada memudahkan, sikap jumud dan taklid buta kepada ijtihad serta pembaharuan (pengislahan), sikap eksklusif kepada inklusif, berlebih-lebihan kepada sederhana, berkeras kepada hikmah dan pertelingkahan kepada perpaduan serta perdamaian.

Anjakan paradigma dalam erti kata lain ialah melakukan penghijrahan minda ke arah mengembalikan kecemerlangan umat Islam.

Penghijrahan ini merupakan satu proses pembinaan tamadun sebagaimana qudwah yang ditunjukkan melalui sejarah seperti penghijrahan Rasulullah SAW dan para sahabat dari Mekah ke Madinah dalam usaha memartabatkan agama Islam.

Islam juga mempraktikkan konsep syumul dan tidak terikat asalkan menepati kehendak syariat Islam. Sifat Islam yang fleksibel dalam kehidupan manusia menjadikan agama suci ini memberi ruang dan peluang kepada manusia untuk mencapai kecemerlangan asalkan tidak menidakkan perintah Allah SWT.

KEJATUHAN PERADABAN MELAYU ISLAM

Dalam konteks dunia Melayu, Syamsul Alam MS dalam bukunya, Sistem kebudayaan Melayu tradisi dan hubungannya dengan konsep Islam untuk pembangunan sosioekonomi menjelaskan faktor-faktor yang memundurkan peradaban Melayu kepada beberapa faktor terpenting seperti:

  • Kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka pada tangan Portugis membawa kepada perubahan fundamental struktur ekonomi orang Melayu
  • Kejatuhan kuasa politik telah melemahkan ekonomi dan penguasaan perdagangan orang Islam serta diganti dengan etnik lain mendominasi aktiviti perniagaan rantau ini.
  • Bakat, keahlian masyarakat Melayu Islam dalam bidang perdagangan semakin merosot sementara sifat-sifat keusahawanan seperti kreatif, inovatif dan dinamik tidak lagi membudaya dalam kehidupan.

Dalam konteks susur galur evolusi umat Melayu di rantau ini, perubahan fundamental bermula dari sektor perdagangan (zaman kesultanan Melaka) kepada pertanian (zaman penjajahan) membawa impak besar kepada perubahan kebudayaan Melayu Islam.

Perkara ini dapat dilihat dari segi sikap, pandangan hidup orang Melayu itu sendiri. Pergantungan kepada tanah, keengganan meninggalkan kampung halaman, mengamalkan hidup sekadar sederhana mencorak pola pemikiran dan sistem nilai masyarakat Melayu Islam.

Sifat tidak peka kepada ekonomi, sistem politik dan sosial juga memerlukan revolusi minda untuk mencapai kejayaan dalam semua aspek kehidupan.

KEPENTINGAN ILMU RUNGKAI PERMASALAHAN

Sudah tentu peradaban dan kecemerlangan sesuatu tamadun itu wahananya adalah ilmu. Hal ini selaras dengan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud “Jika kamu ingin berjaya di dunia dapatkanlah dengan ilmu begitu juga di akhirat sana.”

Dengan ilmu, umat Islam mampu berfikir lebih matang untuk melihat segala permasalahan yang melanda.

Jika Melayu Islam tidak mengkaji dan sambil lewa sahaja dalam membuat sesuatu keputusan sememangnya ia bakal merugikan umat Islam.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ketika ini ialah pelbagai isu yang melanda negara diukur dari parameter politik kepartian semata-mata dalam kalangan Melayu Islam.

Hal sama tidak berlaku dalam kalangan orang bukan Islam yang sentiasa melihat sesuatu dari lensa yang menguntungkan kepentingan kaum dan bangsa mereka.

Isu penggunaan kalimah ‘Allah’ dalam kalangan orang bukan Islam umpamanya diungkapkan sebagai tindakan politik kepartian oleh pihak-pihak tertentu walaupun sepatutnya dilihat daripada kaca mata agama disesuaikan dengan uruf tempatan.

Sikap fanatik kepada politik kepartian dan tidak memahami situasi setempat menjadi antara faktor mengongkong kegemilangan umat Islam.

Atas nama kebebasan, sesiapa sahaja sekarang bercakap mengikut kemahuan sendiri dan acapkali ungkapan-ungkapan yang dikeluarkan mempertikai agama Islam itu sendiri.

Ketika ini juga masyarakat lebih mementingkan hak asasi berbanding dengan tanggungjawab yang hendak dilaksanakan. Hal demikian menjadikan seseorang itu lebih mementingkan diri sendiri berbanding kepentingan awam.

Natijahnya umat Islam secara keseluruhannya tergelincir daripada landasan kegemilangan itu sendiri.

Jika kita ingin membina sebuah rumah mestilah mempunyai asasnya seperti daripada bahan mentah seperti pasir dan simen, serta tiang dan batu bata selain bahan-bahan lain.

Analogi ini saya garapkan dalam usaha membina asas kecemerlangan umat Islam iaitu ia mesti dibentuk dengan adunan asas utama iaitu ilmu, iman dan akhlak yang menjadi tunjang kepada pohon yang berbuah manis dan lebat kelak.

Proses merealisasikan impian kejayaan Islam adalah bermula dari diri kita sendiri, ahli keluarga, masyarakat seterusnya negara.

Artikel Berkaitan
Video Terkini
Video Pilihan
Artikel Lain