Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

MAINS utamakan kebajikan pelajar

KLINIK kesihatan yang terletak kira-kira lima minit dari rumah 7
KLINIK kesihatan yang terletak kira-kira lima minit dari rumah pelajar memudahkan pelajar jika berlaku sebarang kecemasan.

SETIAP tahun, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) akan menaja pelajar berkelayakan melanjutkan pengajian ke negara-negara di Timur Tengah seperti Jordan, Maghribi dan Mesir.

Bermula tahun 2014, MAINS menghantar pelajar-pelajar ke Maghribi dengan menggunakan kuota pihak Yayasan As-Sofa. Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang terpilih sahaja menggunakan kuota daripada Kementerian Pendidikan Tinggi yang dihadkan seramai 15 orang, manakala pelajar lepasan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) menggunakan kuota Yayasan As-Sofa.

Sehingga kini, jumlah pelajar melanjutkan pengajian ke Maghribi bawah tajaan MAINS adalah seramai 43 orang terdiri daripada 39 orang dalam bidang Pengajian Islam dan empat orang dalam Bahasa Arab.

Sebagai persediaan kepada pelajar ke Maghribi, MAINS menyediakan beberapa kursus penguasaan Bahasa Arab antaranya kursus Markaz Bahasa di Kolej As-Sofa selama hampir sebulan dan tiga bulan di negara berkenaan.

Kursus ini merangkumi penguasaan terhadap nahu dan soraf serta kemahiran komunikasi dalam bahasa Arab yang lebih mantap dengan semua kos ditanggung sepenuhnya oleh MAINS.

Maghribi merupakan antara negara yang tidak mengenakan sebarang yuran pengajian kepada pelajar bermula dari peringkat sarjana muda sehingga ke peringkat doktor falsafah. Antara faktor MAINS meneruskan penghantaran pelajar ke Maghribi adalah kerana sistem pembelajarannya yang lebih sistematik dan kondusif serta mewajibkan kehadiran pelajar ke kelas dengan sebahagian mereka ditempatkan di Rabat, Kenitra, Mohammedia, Casablanca, Marakech dan Fes.

Kebiasaannya, para pelajar akan berkumpul di Rabat ketika ingin menjalankan program kerana ia adalah ibu negara Maghribi. Tambahan pula, Kedutaan Besar Malaysia di Maghribi juga terletak di Rabat. Lazimnya program besar anjuran Persatuan Mahasiswa Anak Negeri Sembilan (Permans) akan diadakan di dewan yang disewa manakala program kecil akan diadakan di rumah pelajar.

MAINS juga menyalurkan bantuan kewangan kepada persatuan itu bagi memudahkan kelancaran program yang diadakan selain bantuan lain seperti kos sewa rumah semasa pelajar di tahun pertama dan caj perubatan bagi pelajar yang memerlukan.

KEMUDAHAN PELAJAR

Penempatan pelajar di Rabat ketika ini mempunyai banyak kelebihan antaranya jarak ke universiti yang tidak jauh dan hanya mengambil masa 15 minit dengan menaiki ‘tram’ di stesen yang berdekatan dengan rumah mereka.

Terdapat juga kemudahan lain yang berhampiran seperti pasar, kedai buku, balai polis, pejabat kerajaan dan Perpustakaan Negara yang memudahkan mereka membuat rujukan atau menelaah pelajaran.

Dalam pada itu, Maghribi merupakan negara yang menitikberatkan aspek undang-undang dan keselamatan dengan anggota polis berkawal di setiap sudut jalan raya dan tempat tumpuan awam bagi mencegah sebarang kejadian tidak diingini.

Ini membuktikan bahawa Maghribi adalah negara yang aman dan harmoni, sekali gus menjadi destinasi ideal untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi bagi setiap individu khususnya para pelajar tajaan MAINS tanpa ada kegusaran di hati tentang keselamatan diri.

Pelajar di Maghribi mempunyai banyak program menarik yang disediakan oleh Permans di samping kelas di universiti yang biasanya empat hari setiap minggu bermula seawal pukul 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari.

Sementara itu, pada sebelah petang, para pelajar akan berehat dan beriadah di padang awam berdekatan dengan rumah mereka. Menjelang waktu maghrib, mereka akan ke masjid berhampiran untuk solat maghrib dan mendengar pengajian yang dijalankan.

Pada hari cuti, para pelajar akan menyertai program mingguan bersama ulama jemputan khas iaitu Dr. Sheikh Abdul Muni’m Ben Shiddiq al-Ghumari dalam merungkai ilmu Usul al-Hadis berpandukan kitab Mukhtasar Ibnu Kathir.

Pada cuti semester, para pelajar akan memanfaatkan masa dengan daurah ilmiah yang diadakan oleh pihak persatuan bersama ulama tersohor seperti Sheikh Abu Huda al-Yaqoubi, Sheikh Muhammad Benkiran dan Dr. Khalid Zahri.

Para pelajar juga terlibat dengan program persatuan seperti sukan tahunan yang melibatkan tiga negara Asia iaitu Malaysia, Indonesia dan Thailand. Mereka juga terlibat dengan kursus motivasi, kursus kepimpinan dan muktamar.

Semua program itu melatih para pelajar dalam pengurusan, sekali gus bersedia untuk berkhidmat kepada negara Malaysia yang tercinta ketika pulang ke tanah air kelak.

Artikel Berkaitan
Video Terkini
Video Pilihan
Artikel Lain