Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Kongsi umrah saudara baharu

Masjid Quba di Kota Mekah yang merupakan masjid pertama dibina
Masjid Quba di Kota Mekah yang merupakan masjid pertama dibina oleh umat Islam.

PENAUNG KPMB, Datuk Seri Muhammad Ali Rengen Abdullah selaku penaja keseluruhan program Umrah Perdana Mualaf berkata, program umrah percuma untuk golongan mualaf itu merupakan program tahunan anjuran pengurusan Surau Manba’ul Taqwa di Kampung Cheras Baru, Kuala Lumpur.

Peserta Umrah Perdana Mualaf di puncak Jabal Nur.
Peserta Umrah Perdana Mualaf di puncak Jabal Nur.

Katanya, kesemua jemaah terpilih merupakan 50 orang daripada 3,000 orang mualaf yang hadir pada majlis Korban Perdana anjuran Surau Manba’ul Taqwa pada Hari Raya Aidiladha lalu.

“Pemilihan mualaf dan mukalaf yang mengikuti program ibadah umrah itu dibuat melalui cabutan nama. Ia bertujuan memberi peluang kepada golongan mualaf di negara ini melaksanakan ibadah itu yang amat dituntut agama.

“Kemudahan itu disediakan kerana saya sedar kesukaran yang dilalui oleh mereka dalam menjalani kehidupan sebagai saudara baharu,’’ ujar Muhamad Ali Rengen yang memeluk Islam kira-kira 20 tahun yang lalu.

Beliau berkata, tajaan penuh mengerjakan umrah itu telah dilaksanakan sejak 13 tahun lalu yang sehingga kini telah memberi peluang kepada lebih 130 orang mualaf.

Jelas beliau, kekuatan dan kemurahan hatinya membelanjakan wang beratus-ratus ribu ringgit bagi program itu tidak lain tidak bukan adalah untuk mencari keredaan Allah.

Rombongan jemaah mualaf mengabadikan kenangan di kebun kurma.
Rombongan jemaah mualaf mengabadikan kenangan di kebun kurma.

“Saya lakukan semua ini untuk memakbulkan impian golongan mualaf ke Tanah Suci dengan harapan mereka dapat menunaikan ibadah sebaik mungkin dan mendapatkan umrah yang mabrur.

“Cara ini juga adalah perkongsian rezeki yang Allah kurniakan kepada saya dan keluarga. Saya tidak rugi bahkan rezeki saya semakin bertambah,’’ katanya yang pernah menjadi sami Hindu sebelum keislamannya.

Sementara itu, seorang mualaf, Hafiz Chu Abdullah, 56, berkata, sebagai mualaf beliau dan para jemaah bersyukur dan terharu kerana ada individu bermurah hati untuk menaja mereka mengerjakan ibadat umrah.

Sehubungan itu, dia berharap lebih ramai individu dan syarikat korporat mengikuti langkah dilakukan oleh Muhammad Ali Rengen untuk membantu atau memberi peluang sama kepada golongan mualaf di seluruh negara.

Bagaimanapun Hafiz Chu mencadangkan agar penganjur membuat pemilihan dan saringan terhadap para jemaah termasuk memastikan tahap persediaan mereka sebelum ke Tanah Suci pada masa akan datang bagi memastikan program itu mencapai matlamatnya.

“Peluang ini cukup bernilai bagi kami golongan mualaf, justeru saya harap para jemaah yang terpilih dapat bersedia dan menggunakan kesempatan itu sepenuhnya,’’ ujarnya.

Muhammad ALI RENGEN ABDULLAH (depan empat dari kanan) mengaminkan
MUHAMMAD ALI RENGEN ABDULLAH (depan empat dari kanan) mengaminkan doa sebelum pelepasan
jemaah di KLIA.

Dalam pada itu, program tersebut katanya bukan hanya sekadar ‘hadiah’ tetapi merupakan sokongan moral kepada golongan mualaf yang segelintirnya merasakan diri mereka seperti tidak dipedulikan dalam masyarakat Islam.

“Ini bukan sekadar luahan hati saya, tapi golongan mualaf memerlukan sokongan emosi untuk menguatkan keislaman dan mententeramkan diri dalam menghadapi pelbagai bentuk dugaan serta tekanan.

“Tanpa bimbingan dan perhatian, hati mereka mudah merajuk, terutama sekali bagi yang baru masuk Islam. Ramai ingat semuanya indah-indah bila seseorang itu masuk Islam sedangkan hakikatnya banyak ujian.

“Sebab itu penting untuk umat Islam secara umumnya bantu mereka kuatkan iman dan pegangan,’’ katanya yang melafazkan kalimah syahadah sejak 17 tahun lalu.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain