SEELOKNYA ia dilakukan atas satu nama dengan belanja seorang sahaja. Namun ada masanya kita kekurangan dalam aspek ekonomi. Maka kita berkongsi duit sekadar yang termampu untuk melakukan ibadat korban dengan satu bahagian.

Amalan berkongsi sebegini adalah baik dan mulia. Hukumnya adalah harus. 

Namun begitu, satu nama sahaja diletakkan untuk satu bahagian walaupun berkongsi duit. Contohnya nama tuan sebagai suami dan bapa. Maka nama tuan di atas bahagian korban. Korban ini dilakukan atas nama tuan, manakala ahli keluarga termasuk dalam nama tuan sebagai ketua keluarga.