Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Kesalahan, kesilapan semasa haji dan umrah

JEMAAH haji lelaki selesai bersolat di Masjidilharam. 2
JEMAAH haji lelaki selesai bersolat di Masjidilharam.

ANTARA kesalahan dan kesilapan yang biasa berlaku dalam kalangan jemaah haji serta umrah:

1. Wanita haid tidak 
berniat di miqat

  • Miqat memasuki Mekah melalui Jeddah ialah Qarnul Manazil. Memasuki Mekah melalui Madinah, miqatnya di Bir Ali
  • Berniat di miqat adalah antara perkara wajib haji. Jika tidak berniat di miqat hajinya tetap sah, tetapi dikenakan Dam Tertib dan Taqdir.
  • Sering berlaku kesilapan dalam kalangan wanita haid semasa berangkat ke Mekah ialah tidak berniat di miqat.
  • Terdapat salah faham bahawa niat berkenaan mestilah dalam keadaan suci daripada darah haid.
  • Menurut hukum, wanita boleh berniat haji atau umrah sekalipun berada dalam keadaan haid.
  • Ia bersandarkan kepada dua hadis:

i. Hadis yang meriwayatkan semasa dalam perjalanan untuk menunaikan haji Aisyah r.a. didatangi haid. Baginda SAW bersabda: “Engkau buatlah perkara-perkara yang dilakukan orang yang mengerjakan haji kecuali engkau jangan melakukan tawaf di Baitullah sehingga engkau suci,”

ii. Hadis riwayat Jabir yang menceritakan bahawa Asmak binti Umais (isteri Abu Bakar r.a.) melahirkan Muhammad bin Abi Bakar (ketika singgah di Dzial-Hulaifah untuk mengerjakan haji wadak). Asmak mengutus kepada Rasulullah SAW bertanya bagaimana caranya dia mengerjakan haji? Baginda mengarahkannya mandi dan membalut kemaluan dengan kain kemudian berniat,” - Riwayat al-Nasaie.

  • Wanita haid semasa penerbangan tidak perlu gusar. Dia boleh berniat sama ada untuk haji atau umrah semasa menaiki pesawat atau apabila penerbangan sampai di miqat (Qarn al-Manazil). Bagaimanapun berniat di miqat adalah lebih afdal.

2. Berniat ihram tanpa 
memakai pakaian ihram

  • Kefahamannya boleh memakai ihram setelah sampai di Jeddah. Ia berlaku dalam dua situasi:

i. Tidak memakai pakaian ihram semasa berniat. Niatnya sah dengan syarat tanpa berlengah terus menukar pakaian berjahit dengan pakaian ihram. Dia tidak berdosa dan tidak dikenakan dam.

ii. Tidak memakai pakaian ihram semasa berniat ihram. Ia terbahagi kepada dua keadaan:

a. Dengan sengaja berterusan memakai pakaian berjahit dan tidak menukarnya dengan ihram sehingga melepasi miqat, sampai di Jeddah atau di Mekah, niat ihramnya sah tetapi berdosa dan dikenakan Dam Takhyir dan Takdir.

b. Tanpa sengaja tidak memakai pakaian ihram semasa berniat, tidak tahu hukumnya dan tiada sesiapa memberitahu tentang kesalahan memakai pakaian berjahit dalam ihram, maka dia tidak berdosa dan tidak dikenakan dam.

3. Niat ihram umrah sewaktu haid dengan lafaz bersyarat

  • Berlaku apabila seorang perempuan berniat ihram umrah semasa dalam haid dengan lafaz: “Sekiranya aku didatangi haid aku akan jadi halal.”
  • Sebelum menjelaskan persoalan apakah niat ihram umrah bersyarat terpakai 
atau sebaliknya, perlu terlebih dahulu difahami konsep niat bersyarat.
  • Niat bersyarat ialah meletakkan syarat tertentu dalam niat umrah. Apabila
syarat tersebut berlaku maka orang yang berniat bersyarat itu secara langsung akan jadi bebas dan tidak terikat dengan ihramnya.
  • Sebab-sebab membolehkan niat bersyarat ialah kebimbangan berlaku sakit berat atau datang haid. Berdasarkan kepada hadis riwayat Ibnu Abbas:

“Dubaah binti al-Zubair berkata: Wahai Rasulullah sesungguhnya aku seorang yang sakit (berat badan) dan aku hendak menunaikan haji. Bagaimana caranya engkau menyuruh aku berniat? Baginda SAW bersabda: Engkau berniatlah dengan bersyarat, sekiranya sakitku menghalangku (daripada mengerjakan haji) aku menjadi halal,”

  • Hukum niat bersyarat untuk ihram umrah atau haji semasa haid dengan lafaz: “Sekiranya aku didatangi haid aku jadi halal,” adalah tidak terpakai. Ini kerana syarat yang diletakkan (sekiranya datang haid) dalam niat bersyarat itu pada hakikatnya telah berlaku sebelum niat bersyarat dilafazkan. Dalam kes ini niat bersyarat dilakukan semasa wanita itu dalam haid. Oleh itu, dia kekal dalam ihram dan apabila suci mestilah melakukan tawaf, saie dan bergunting.

4. Tawaf dalam Hijr Ismail atau menyentuhnya semasa tawaf

  • Tawaf merupakan Rukun Haji dan Umrah. Antara syarat sah tawaf ialah tawaf di luar binaan Kaabah, Hijr Ismal dan Syazarwan. Oleh itu, sesiapa yang tawaf dalam Hijr Ismail maka tawaf pusingan tersebut terbatal. Pandangan ini didasarkan kepada perbuatan Rasulullah SAW yang tawaf di luar hijr.

Baginda juga bersabda, “Ambillah daripadaku amalan ibadat haji kamu,”

Selain itu, Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Hijr Ismail adalah sebahagian daripada Kaabah. Aisyah berkata: “aku ingin masuk Baitullah dan solat di dalamnya, Rasulullah SAW memimpin tanganku memasuki Hijr Ismail lalu Baginda bersabda: engkau solatlah dalam hijr sekiranya engkau ingin masuk ke dalam Baitullah, sesungguhnya hijr itu sebahagian Baitullah. Sesungguhnya ketika kaummu membina Kaabah mereka tidak mampunya perbelanjaan yang cukup (untuk membina sehingga ke hijr) lalu mereka mengeluarkannya daripada al-Bait (Baitullah),” – Riwayat Abu Daud.

  • Menyentuh atau memegang Hijr Ismail dengan tangan semasa tawaf mengikut Mazhab Syafie ia membatalkan pusingan tawaf tersebut kerana sebahagian badan iaitu tangan telah masuk ke dalam Kaabah. Perbuatan itu telah melanggar syarat sah tawaf iaitu hendaklah tawaf di luar Kaabah.

Artikel Berkaitan
Video Terkini
Video Pilihan
Artikel Lain