Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Kembara seni khat Citi Yousoff

Penulis khat wanita ber’ijazah’

citi YOUSOFF (kanan) sempat berguru dengan penulis seni khat termasyhur,
CITI YOUSOFF (kanan) sempat berguru dengan penulis seni khat termasyhur, Hassan Celebi (kiri) di Turki.

SENI tulisan khat telah semakin berkembang dan diminati ramai di Malaysia. Ia merupakan salah satu seni yang dikaitkan dengan seni Islam secara langsung. Pada hari ini seni khat dihasilkan melalui dua cara iaitu dengan kemahiran menulis dan perisian komputer.

Begitu pun, tidak ramai menyedari dan tidak selalu diketengahkan bahawa Malaysia mempunyai beberapa orang penulis khat wanita berbakat yang telah menghasilkan karya hebat yang menjadi koleksi individu dan institusi. Salah seorang penulis khat wanita berbakat di Malaysia ialah Citi Yousoff yang merupakan anak kelahiran negeri Cik Siti Wan Kembang iaitu Kelantan yang terletak di Pantai Timur Semenanjung.

Seunik nama beliau, Citi Yousoff mempunyai kembara seni khat tersendiri yang lahir daripada pengalaman hidup dan seterusnya semangat dan dedikasi yang beliau letakkan untuk mempelajari satu cabang seni baharu yang berlainan dengan asas seni yang dipelajarinya sebelum ini.

Sebelum mengenali seni Islam, Citi pernah menjadi pelajar dan berjaya menamatkan pelajaran dalam bidang seni di Fakulti Seni Wimbledon, Universiti Surrey di United Kingdom (UK). Beliau telah membuat keputusan untuk menetap dan menjadi artis seni kontemporari di UK selepas belajar.

Beliau yang telah mendirikan rumah tangga dan dikurniakan seorang puteri yang comel. Namun, takdir Allah SWT mengatasi segalanya, puterinya itu telah pergi menemui Penciptanya pada 2000. Bermula dari titik itulah, kehidupan dan pendekatan Citi terhadap seni berubah sedikit demi sedikit ke arah Islam.

Beliau telah menyambung pelajaran di Prince School of Traditional Art dalam bidang seni Islam dan kemudiannya memilih untuk fokus dalam seni khat. Pilihan beliau ini adalah takdir yang telah tertulis bagi perjalanan seni beliau seterusnya.

Ia telah menemukan beliau dengan seorang guru seni khat termasyhur pada hari ini iaitu Hassan Celebi di Turki. Dengan kesungguhan dan minat yang beliau tonjolkan, Citi Yousoff berjaya mendapat ijazah daripada Hassan Celebi sebagai seorang penulis khat gaya tulisan Thuluth dan Naskh.

Salah seorang pelajar Hassan Celebi yang telah berjaya melakar nama di peringkat antarabangsa ialah Fuad Koichi Honda, penulis khat yang berasal dari Jepun.

Mahir seni ukir 
kayu, batu

Kemahiran yang dimiliki oleh penulis khat wanita bernama Citi Yousoff ini bukan sahaja dalam penulisan, malah beliau juga mahir dalam seni ukir kayu dan batu. Dengan latar belakang dan kemahiran seni yang luas, karya beliau merupakan salah satu hasil seni khat berkualiti yang boleh dibanggakan.

Ia bukan sahaja mempunyai ketepatan gaya tulisan malah bahan yang digunakan juga dititikberatkan oleh beliau. Citi mempunyai sebuah bengkel kecil yang menjadi tempatnya meluah dan memanifestasikan ilham yang dikurniakan Allah SWT untuk menyebarkan keindahan dan maksud ayat-ayat al-Quran sebagai dakwah beliau menyebarkan kesucian Islam.

Walaupun beliau telah mampu menghasilkan karya yang berkualiti, namun keinginan beliau untuk terus menghasilkan yang terbaik telah menemukan beliau semula dengan gurunya Hassan Celebi di Turki.

Pada waktu ini, beliau berada di Turki untuk mempelajari dan mendalami gaya tulisan Diwani yang menjadi tulisan istana Empayar Uthmaniyah ratusan dekad dahulu. Insya-Allah, setelah mendapatkan ijazah dalam gaya tulisan Diwani, beliau akan kembali ke Malaysia dan menghasilkan karya yang lebih inovatif dan menarik dalam memperkayakan dan merancakkan bidang seni khat yang ada di negara ini. Sebarang pertanyaan tentang karya beliau boleh e-melkan ke [email protected]

Artikel Berkaitan
Video Terkini
Video Pilihan
Artikel Lain