Jemaah lain masih menunggu bas yang melakukan tiga perjalanan hari ini bagi membawa mereka untuk berwukuf esok.

Kesemua mereka ditempatkan di khemah-khemah mengikut maktab masing-masing.

Wukuf bermula dari tempoh gelincir matahari 9 Zulhijah (Isnin) sehingga sebelum terbit fajar 10 Zulhijah.

Kesemua jemaah dijangka berada di Arafah menjelang tengah malam ini.

Jemaah berehat dalam khemah di Arafah.
Jemaah berehat dalam khemah di Arafah.

Kira-kira tiga juta jemaah menuju ke Arafah hari ini untuk berwukuf esok termasuk lebih 30,200 jemaah Malaysia.

Sementara menunggu tempoh wukuf, mereka melakukan ibadah solat, zikir, membaca al-Quran dan berdoa. - UTUSAN ONLINE