Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Jangan terpedaya muslihat musuh

MAHAMAD NASER DISA (dua dari kanan) bersama panel pembentang semasa 2
MAHAMAD NASER DISA (dua dari kanan) bersama panel pembentang semasa taklimat khas media mengenai Usul Pindaan Akta 355.

KENAPA perlu ada pihak yang melatah sehingga ‘panas punggung’ tatkala Usul Pindaan Akta 355 dibawa oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sehingga menimbulkan polemik dalam kalangan masyarakat?

Begitu pelik kerana terlalu hebat tentangan yang dilakukan terhadap usaha memperkasa institusi perundangan Syariah di negara ini, malah pelaksanaan itu hanya akan melibatkan pesalah dalam kalangan orang Islam.

Bukan satu perundangan baharu tetapi perundangan itu telah diperakui sebagai Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) pada 1965. Lebih teruk, ada pihak yang cetek akalnya menyatakan Malaysia tidak boleh melaksanakan usul pindaan akta itu kerana negara ini adalah negara sekular.

Bukankah Yang di-Pertuan Agong telah bersumpah untuk menjaga dan melindungi agama Islam di negara ini, justeru mana mungkin Malaysia sebuah negara sekular?

Begitu hebat usaha pihak tidak bertanggungjawab cuba mengelirukan rakyat demi menjayakan agenda tersirat di sebalik gerakan menentang usul pindaan tersebut.

Sengaja menjadikan polemik apabila usul itu dibawa oleh sebuah parti bukan kerajaan dan pemerintah masa kini, pelbagai usaha dilakukan bagi melaga-lagakan masyarakat Islam khususnya.

Ketua Pegawai Eksekutif Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM), Prof. Datuk Mahamad Naser Disa menyifatkan tentangan hebat dilakukan oleh sesetengah pihak kerana mereka mempunyai agenda besar dan mahu merendahkan martabat perundangan Islam.

Katanya, kumpulan penentang usul itu bukan tidak memahami perundangan malah mereka lebih arif dalam bidang tersebut, namun sengaja menimbulkan polemik demi menjayakan agenda yang dirancang termasuk mereka yang terdiri daripada golongan liberal.

“Golongan liberal turut serta dalam usaha memesongkan orang ramai terhadap usul pindaan termasuk menyatakan Malaysia bukan sebuah negara Islam tetapi negara sekular.

“Bagaimana perkara tersebut boleh terjadi sekiranya Yang di-Pertuan Agong telah bersumpah menjaga dan melindungi agama Islam dan kewajipan Kerajaan Persekutuan melaksanakan urusan Seri Paduka Baginda itu,” katanya ketika menjadi panel Taklimat Khas Media Penerangan Usul Pindaan Akta 355, baru-baru ini.

Dua lagi panelis yang turut serta dalam majlis taklimat khas itu ialah Felo Kanan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Prof. Madya Dr. Shamrahayu dan Pengerusi Sekretariat Ummat, Aminuddin Yahya.

Yang turut hadir, Ketua Pengarah IKIM, Prof. Datuk Dr. Azizan Baharuddin dan Presiden Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Dr. Yusri Mohamad.

Mengulas lanjut, Mahamad Naser berkata, selain mahu orang ramai menganggap perundangan Syariah sebagai suatu yang asing, pihak yang penuh dengan agenda jahat terhadap Islam itu turut mencipta persepsi bahawa terdapat konflik antara perundangan syariah dan sivil.

Sebaliknya, kata beliau, kedua-dua jenis perundangan itu sebenarnya saling bergantung, malah saling melengkapkan antara satu sama lain terutama dalam membentuk sebuah masyarakat yang berpekerti mulia.

Menurutnya, usul pindaan yang mahu dilaksanakan adalah demi melakukan pencegahan maksiat daripada terus berleluasa di negara ini terutama melibatkan masyarakat Islam.

“Kita umat Islam perlu bersatu dalam mempertahan agama yang telah diajarkan kepada kita selama ini. Tentangan yang dilakukan terhadap usul akta ini bermakna umat Islam berhadapan agenda jahat yang besar demi menjatuhkan martabat Islam.

“Orang luar mahu melihat kita lemah dan tidak bersatu dalam usaha memperkasakan perundangan syariah.

“Tentangan sengaja diperbesar bagi menimbulkan seolah-olah ia amat berbahaya. Untuk itu, kita sebagai umat Islam perlu bersatu dan berada lebih kehadapan daripada mereka, tidak terikut dengan rentak yang cuba dimainkan oleh mereka,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain