Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Jadikan kerja sebagai ibadah

BEKERJA mencari nafkah untuk diri dan keluarga merupakan ibadah
BEKERJA mencari nafkah untuk diri dan keluarga merupakan ibadah jika dilakukan mengikut syariat Islam. - GAMBAR HIASAN

SELARI dengan ajaran Islam, bekerja atau mencari nafkah untuk diri dan keluarga juga dikategorikan sebagai ibadah. Malah, Islam memberi kebebasan kepada umatnya untuk mencari pekerjaan agar hidup dalam kemuliaan dan tidak membebankan orang lain.

Pada masa sama, Islam juga meletakkan prinsip dan nilai yang perlu dipelihara supaya pekerjaan itu dipandang oleh Allah SWT sebagai ibadah di samping memperoleh keuntungan di dunia. Antara prinsip tersebut ialah:

  1. Pekerjaan dilakukan hendaklah halal dan baik serta mendatangkan manfaat, bukannya kerosakan seperti berjudi, sihir, mencuri, menipu, bekerja di tempat maksiat.
  2. Bekerja dengan penuh profesional dan amanah serta sentiasa berhati-hati agar tidak melakukan sebarang kesilapan.
  3. Niat ikhlas untuk mencari keredaan Allah. Firman Allah bermaksud: “Dan Kami tidak mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad) melainkan orang yang tentu makan minum dan berjalan di pasar-pasar, dan Kami jadikan sebahagian daripada kamu cubaan bagi sebahagian yang lain, supaya ternyata adakah kamu dapat bersabar (menghadapi ujian itu)? Dan (ingatlah) adalah Tuhanmu sentiasa Melihat (akan keadaan makhluknya).” (al-Furqan:20)

Pada masa ini, semua pekerja mendapat peluang luas dalam menyumbang ke arah pembangunan diri, ekonomi dan sosial negara. Jika diperhatikan, pekerja yang baik akan sentiasa memperuntuk masanya untuk menilai dan memperbaiki tugas dipertanggungjawab.

Dengan ini, mereka dapat mengenal pasti kelemahan dan menghasilkan kreativiti serta inovasi yang berkesan dalam kerja dilakukan. Ia penting kerana perkhidmatan yang berkualiti menjadi asas kepada organisasi untuk melakar lebih banyak kejayaan.

Sebagai pekerja, kita perlu sedar bahawa peningkatan kualiti dalam perkhidmatan kepada rakyat menjadi satu tanggungjawab yang berat untuk dilaksanakan.

Kualiti terbaik akan terhasil apabila tertanam keyakinan tinggi kepada Allah bahawa setiap apa yang dilakukan sentiasa diperhatikan.

Firman Allah maksudnya: “Dan katakanlah (wahai Muhammad) Beramallah kamu (segala yang diperintahkan), maka Allah dan Rasul-Nya serta orang beriman akan melihat apa kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara ghaib dan nyata, kemudian Ia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan,” (at-Taubah : 105)

Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, kadar penyertaan tenaga buruh berusia 15 hingga 64 tahun di negara ini meningkat sebanyak 68 peratus iaitu bersamaan 14.92 juta orang. Ini sekali gus menunjukkan bahawa ekonomi negara masih dapat dikekalkan dalam keadaan guna tenaga penuh iaitu kadar pengangguran di bawah empat peratus.

Keadaan ini semestinya dapat merealisasikan hasrat kerajaan dalam usaha memenuhi aspirasi rakyat ke arah negara maju dan inklusif.

KEPENTINGAN INOVASI

Ini sekali gus mendorong mereka bekerja ke arah kecemerlangan di samping tabah dalam menghadapi cabaran dengan bersikap positif, tidak sombong atau cepat berpuas hati. Malah, setia kepada organisasi, mengamalkan meritokrasi dan mahu belajar secara berterusan serta mengikuti perkembangan teknologi semasa.

Inovasi akan memacu pertumbuhan ekonomi dengan pelbagai penambah baik atau pembaharuan, teknologi dan model perniagaan yang meningkatkan produktiviti. Selain itu, inovasi juga dapat meningkatkan kecekapan dan hasil secara keseluruhan bagi setiap sektor.

Oleh itu, latihan semula (reskilling), peningkatan kemahiran (upskilling) dan penyelidikan (research) melalui peningkatan kerjasama antara institusi pendidikan dengan pihak industri serta meningkatkan program latihan kemahiran yang terfokus adalah sangat digalakkan.

Langkah ini supaya dapat mengatasi masalah kekurangan pekerja berkemahiran tinggi dalam kalangan pekerja tempatan, meneruskan agenda transformasi latihan kemahiran di Malaysia dan melahirkan tenaga kerja berkemahiran setaraf negara maju dunia.

Sebagai pekerja, kita perlu mengamalkan konsep pembelajaran sepanjang hayat melalui peningkatan tahap kemahiran, latihan semula untuk meningkatkan kemahiran sedia ada dan latihan baharu bagi menyokong kemahiran sedia ada.

Artikel Berkaitan
Video Terkini
Video Pilihan
Artikel Lain