Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Istimewanya Umrah Cinta Rasul

SELAIN menyempurnakan ibadah umrah, peserta umrah THTS turut berpeluang 5
SELAIN menyempurnakan ibadah umrah, peserta umrah THTS turut berpeluang menziarahi Dome Of Rock menerusi pakej Umrah Baitulmaqdis.

BERCAKAP mengenai usaha memperingati junjungan besar Nabi Muhammad SAW, pastinya akan terlintas dalam fikiran kebanyakan kita membayangkan sambutan Maulidur Rasul yang diadakan bersempena dengan hari kelahiran utusan Allah SWT itu.

Hakikatnya memperingati Rasulullah SAW bukannya terletak pada hari tertentu sahaja tetapi perlu sentiasa disemai dalam hati setiap Muslim sama ada melalui iktikad atapun perbuatan sebagai bukti kasih dan cinta terhadap Baginda.

Dalam usaha meningkatkan kecintaan umat Islam terhadap Rasulullah SAW secara lebih mendalam, TH Travel Sdn. Bhd. (THTS) telah memperkenal kepada orang ramai pakej umrah, Umrah Cinta Rasul.

Pakej yang ditawarkan sepanjang bulan November dan Disember ini bukan sahaja untuk menggalakkan umat Islam melaksanakan ibadah umrah semata-mata tetapi dalam masa yang sama akan menyemarakkan rasa cinta kepada Rasulullah SAW dengan menyelurusi sejarah peninggalan Baginda dan para sahabat.

Selain dipenuhi dengan pelbagai pengisian ibadah dan ceramah yang tersusun secara berkumpulan termasuk Forum Perdana, peserta akan turut dibawa menziarahi makam Rasulullah SAW dan para sahabat di Masjid Nabawi, Madinah, perkuburan Baqi’ dan lokasi bersejarah sekitar Mekah dan Madinah.

Pengurus Besar Pengurusan dan Operasi Umrah/Haji, THTS, Nik Zuraini Zulkifli berkata, istimewanya pakej Umrah Cinta Rasul ini adalah mengajak orang ramai untuk sama-sama menghayati dan mengingati Rasulullah SAW dengan moto ‘Satu Hari Satu Hadis’.

“Dengan konsep 3K, iaitu Keyakinan, Kemudahan dan Keselesaan, semua jemaah akan dibimbing oleh guru-guru agama dan perunding motivasi yang berpengalaman luas bermula dari tanah air hingga ke Tanah Suci,” katanya.

ZIARAH DAN LAWATAN

Di samping itu, THTS turut menyediakan pakej umrah ziarah di Baitulmaqdis, di mana para peserta akan merasai pengalaman yang sangat berharga apabila berpeluang menjejakkan kaki ke masjid suci ketiga umat Islam iaitu Masjid Aqsa di samping menghayati pelbagai peninggalan sejarah yang masih terdapat sehingga kini.

Antaranya adalah batu terapung yang terdapat dalam peristiwa Israk dan Mikraj, Masjid Buroq dan Masjid Ibrahim yang dikatakan terdapatnya makam Nabi Ibrahim a.s.

Pada masa yang sama, orang ramai juga boleh memilih Pakej Umrah berserta ziarah ke negara-negara lain di Timur Tengah seperti Kaherah, Amman dan Istanbul sambil menyaksikan secara langsung kesan peninggalan para anbia dalam menyebarkan agama Islam serta tamadun dunia.

Di samping itu juga terdapat Pakej umrah bersama personaliti tanah air yang terdiri dari pelbagai bidang dan ia telah disusun secara eksklusif. Para personaliti ini akan menyumbangkan ilmu serta kepakaran mereka melalui pelbagai program yang disusun khas sewaktu para peserta berada di Tanah Suci.

Selain itu, THTS turut memperkenal Pakej Ekonomi untuk memberikan peluang kepada lebih ramai rakyat Malaysia mengerjakan ibadah umrah.

“THTS juga akan memperkenal semula pakej umrah ‘Kembara Mata Hati’ yang mendapat sambutan menggalakkan daripada peserta jemaah sebelum ini kerana keunikan pengisian yang menyentuh hati dan jiwa jemaah sewaktu menyertai program ini,” tambah Nik Zuraini.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain