UKE: Perkataan “Allahu akbar” ada menjadi wajib dan ada yang menjadi sunat ketika solat. Ia menjadi rukun ketika takbiratul ihram maka kalau tidak betul cara sebutannya boleh merosakkan solat.

Mungkin tok imam anda terlebih sifat hamas pada huruf kaf maka bunyinya macam “Allahu akkebar”. Tetapi jika sebutan hamasnya betul, maka ia tidak merosakkan solat.

Ada baiknya anda bertanya kepada guru tajwid di tempat anda apa itu huruf hamas dan sifat bacaannya. Bab tok imam anda pula, ada baiknya bertanya kepada guru di tempat anda, betulkah bacaannya atau tidak. 
Saya tidak boleh beri jawapan di sini sebab saya tidak mendengarnya.


Cara guna keuntungan saham tak patuh syariah 

Saya telah menjual kesemua saham yang tidak patuh syariah. Bolehkah saya gunakan duit keuntungan untuk membiayai kos membersih dan memagar kawasan perkuburan di kampung saya, kenduri tahlil dan membeli barangan keperluan surau?

* Rahman, Kuala Lumpur.

UKE: Anda boleh menyerahkan wang keuntungan yang tidak patuh syariah itu kepada baitulmal untuk mereka uruskan. Anda hanya boleh membelanjakan wang tersebut untuk kegunaan umum seperti membuat pagar kuburan, jalan, tandas awam, jambatan dan sebagainya.

Janganlah dibuat tahlil pula, isi minyak kereta dan motor anda pun tak boleh. Kegunaan awam itu pula jangan sesuatu yang dihormati atau dimuliakan. Jangan wakaf al-Quran, beli karpet masjid, beri makan anak yatim dan sebagainya.