Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Hikmah sebalik khutbah Nabi SAW

Muslim pilgrims pray on a rocky hill called the Mountain of Mercy,
Muslim pilgrims pray on a rocky hill called the Mountain of Mercy, on the Plain of Arafat, near the holy city of Mecca, Saudi Arabia, Wednesday, Sept. 23, 2015 during the hajj pilgrimage. Mount Arafat, marked by a white pillar, is where Islam's Prophet Muhammad is believed to have delivered his last sermon to tens of thousands of followers some 1,400 years ago, calling on Muslims to unite. (AP Photo/Mosa'ab Elshamy)JEMAAH haji berdoa di Padang Arafah berhampiran Mekah, semalam. APNOTATERBITANUTUSAN MALAYSIA24 SEPTEMBER 2015KHAMISMUKA 15Archived By Wz

PENGORBANAN seorang Muslim terhadap harta dan kesusahan badannya dalam menjalani ibadah haji terutama kerana terpaksa bermusafir jauh meninggalkan keluarga adalah tidak lain dan bukan kecuali semata-mata untuk mentaati perintah Allah.

Maka, jika kita imbau kembali ucapan Nabi SAW pada haji terakhir Baginda ketika di Arafah di atas untanya al-Qaswa. Antaranya:

“Sesungguhnya Allah telah mengharamkan atas kamu darah sesamamu dan harta sesamamu sampai kamu berjumpa dengan Tuhanmu, seperti haramnya hari ini dan bulan ini. Sesungguhnya kamu pasti akan berjumpa dengan Tuhanmu dan Dia pasti akan menanyakan kamu tentang segala perbuatanmu.”

“Wahai manusia! Sesungguhnya Tuhanmu cuma satu, dan sungguh ayah kamu juga satu. Kamu semua berasal daripada Adam, sedangkan Adam daripada tanah. Sesungguhnya yang paling mulia antara kamu di sisi Allah adalah yang paling bertakwa. Tiada keutamaan orang Arab daripada orang bukan Arab melainkan yang bertakwa,” - Sahih Muslim.

Jelas di sini bagaimana hubungan seorang Muslim dengan saudara Muslim lain iaitu hak persaudaraan yang erat dari segi penjagaan maruah, jiwa dan harta saudara Islam sesama Islam.

Inilah yang sepatutnya wujud daripada pelaksanaan wukuf di Arafah. Apakah maknanya Muslimin wukuf di Arafah sedangkan mereka bersengketa, membenci dan merampas hak sesama mereka?

Kalau ini yang berlaku apakah mereka akan termasuk dalam kalangan orang yang mendapat keampunan dan pelepasan daripada api neraka? Kesamaan warna kain ihram putih, berhimpun di satu tempat membawa makna kesucian dan kesamaan serta kesatuan yang sepatutnya wujud melalui perbuatan wukuf di Arafah.

Antara lain yang diucapkan Rasulullah SAW ketika wukuf ialah:

“Wahai manusia, sesungguhnya aku telah meninggalkan bagi kamu sesuatu, yang jika kamu berpegang teguh kepadanya pasti kamu tidak akan tersesat selama-lamanya, iaitu sesuatu yang terang dan nyata: Kitab Allah dan Sunah Nabi-Nya.

Ucapan Baginda itu sewajarnya menyedarkan Muslimin yang berhimpun bahawa bagaimana boleh terjadinya pertelingkahan sesama Muslimin sedangkan rujukan bagi pedoman kehidupan ini sama. Tetapi apabila hawa nafsu didahulukan, kepentingan peribadi diambil kira, maka syaitan akan memasukkan tipu dayanya sehingga orang Islam memandang buruk pada saudaranya lalu terjadilah perbalahan.

Oleh itu umat Islam harus mengingatkan wasiat Nabi SAW supaya kembali kepada al-Quran dan Sunah. Itu sahajalah dua rujukan yang menjamin kesejahteraan mereka. Kalau mereka tidak kembali kepada wasiat ini, apalah faedah daripada wukufnya mereka di bumi Arafah yang mulia itu?

Dalam khutbah itu juga, Rasulullah SAW berulang kali bertanya kepada puluhan ribu umat yang hadir, “Wahai manusia, apakah aku telah menyampaikan?” Jemaah haji serempak menjawab, “Benar, telah engkau sampaikan.” Maka Rasulullah mengarahkan tangan Baginda ke langit sambil berseru, “Allahumma, isyhad! Wahai Allah, saksikanlah!”

Kemudian Rasulullah SAW menutup khutbah dengan bersabda, “Hendaklah kamu yang hadir menyampaikan kepada yang tidak hadir. Semoga orang yang menyampaikan akan lebih dalam penghayatannya daripada yang sekadar mendengarkan. Berlimpahlah rahmat dan berkat Allah SWT atas kamu sekalian.”

Selesai berkhutbah Rasulullah SAW turun daripada unta, lalu memimpin solat zuhur dan asar secara jamak serta qasar.

Kemudian Baginda menuju Sakhrah (batu besar) di kaki bukit Jabal Rahmah. Di sini Rasulullah SAW menerima wahyu Surah al-Maidah: 3: “Hari ini Aku sempurnakan bagimu agamamu dan Aku lengkapkan untukmu nikmat-Ku dan Aku relakan bagimu Islam sebagai agamamu,”

Ketika Rasulullah SAW menyampaikan wahyu yang baru diterima kepada para sahabat, Abu Bakar as-Siddiq menangis tersedu-sedu. Umar ibn Khattab bertanya, “Apakah yang kau tangisi, wahai Abu Bakar? Bukankah kita seharusnya bergembira bahawa agama kita telah sempurna?” Abu Bakar menjawab, “Tidak terfikir olehmu, wahai anak Khattab, wahyu itu merupakan isyarat bahawa Rasulullah SAW mungkin cuma sebentar lagi bersama-sama dengan kita.”

KESIMPULANNYA

Wukuf di Arafah mempunyai manifestasi sifat kehambaan manusia kepada Tuhannya yang merupakan falsafah kewujudannya di dunia ini. Inilah yang sepatutnya diusahakan dan ditumpukan oleh manusia untuk mencapainya.

Perhimpunan Arafah dengan kesatuan pakaian dan niat pelaksanaan ibadah yang sama adalah lambang kesatuan umat. Kesatuan yang menerbitkan kekuatan. Umat yang kuat menjadi kebanggaan nabinya. Kekuatan inilah yang diguna untuk mengajak manusia ke arah kebaikan dan bukan kezaliman.

Akhir sekali perhimpunan raksasa manusia Muslimin ini tidak akan tergambar jika berbeza daripada manhaj dan garis panduan hidup mereka. Kerana itu Nabi SAW mengingatkan kembali supaya berpegang kepada al-Quran dan hadis dengan kuat supaya terurai daripada kehidupan ini. Kedua-duanya adalah jaminan kebahagiaan kepada manusia sejagat yang tiada lagi keraguan terhadapnya. Kepada kedua-duanya harus dirujuk sama ada dalam urusan duniawi mahupun ukhrawi.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain