Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Hayati pengajaran sirah al-Quran

RASUAH merupakan antara masalah integriti yang perlu dibenteras.
RASUAH merupakan antara masalah integriti yang perlu dibenteras. GAMBAR HIASAN

MENITI sorotan media mutakhir ini, satu persatu isu berlaku dalam negara. Daripada penangkapan individu tertentu oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia hinggalah isu penajaan kelab bola sepak. Perkara sebegini tidak boleh dipandang remeh kerana melibatkan isu integriti.

Mengapa perkara ini terjadi? Siapa yang harus dipersalahkan? Kesemua isu ini memerlukan pengamatan dan fiqh tabayyun dalam memelihara negara serta masyarakat terus aman sejahtera.

Menyusuri kembali sirah, kemunculan tamadun Islam sangat dibanggakan bermula di zaman Rasulullah SAW, diikuti para sahabat dan khalifah selepas baginda kerana ketinggian akhlak dan budi pekerti pemimpin serta rakyatnya.

Namun malangnya, tamadun Islam diikuti kemerosotan demi kemerosotan melanda hingga jatuhnya empayar Uthmaniyyah yang berpunca dari kejatuhan akhlak dan nilai-nilai moral.

Terkandung dalam al-Quran, pelbagai kisah kebangkitan dan keruntuhan tamadun, pemerintahan, kerajaan serta ummah. Para pengkaji ada menyatakan hampir 1,500 ayat atau satu perempat kandungan al-Quran mengandungi sejarah sebagai peringatan.

Al-Quran juga merakamkan beberapa watak pemimpin korup yang tidak berintegriti. Mereka ialah Firaun, Haman dan Qarun. Firaun merupakan pemerintah diktator, mempunyai bidang kuasa mutlak menghukum musuh sesuka hati, mendakwa dirinya tuhan serta menyakini tidak ada kuasa lain boleh menggugat pemerintahannya.

Haman seorang yang sentiasa berlegar mengelilingi Firaun menjalankan tugas ampu-mengampu memperkukuhkan kekuasaan Firaun. Qarun tokoh korporat yang mendapat manfaat daripada pemerintah, membantu pemerintah sekaligus mengaut habuan yang lumayan tanpa mempedulikan kesengsaraan orang lain.

Begitu juga disebutkan beberapa kaum yang rosak integriti kemanusiaannya, lalu dihapuskan oleh Allah daripada muka bumi seperti kaum Thamud (umat Nabi Saleh a.s.), kaum Aad (umat Nabi Hud a.s.) dan umat Nabi Lut a.s.

Kesemua pendedahan tersebut berkait rapat dengan pencemaran integriti yang paling tinggi iaitu mensyirikkan Allah selain sifat-sifat keji lain.

 

Artikel Berkaitan
Video Terkini
Video Pilihan
Artikel Lain