Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Fiqh Tabayun hadapi zaman fitnah

APABILA fitnah itu datang, umat Islam wajib mencari jalan terbaik
APABILA fitnah itu datang, umat Islam wajib mencari jalan terbaik untuk kemaslahatan umat Islam. - GAMBAR HIASAN

ZAMAN ini merupakan era ujian dan fitnah yang menggugat keimanan serta ketenteraman hidup. Manusia keliru dalam membuat pendirian dan sukar untuk berpegang teguh atas prinsip yang benar disebabkan cabaran, ujian serta tekanan yang wujud.

Rasulullah SAW banyak merakamkan hadis berkenaan fitnah dihadapi umat Islam dengan menjelaskan sebab berlaku fitnah, mereka yang melakukannya dan kesan yang timbul dalam masyarakat.

Al-Quran turut merakamkan perkataan fitnah pada 34 tempat, tidak termasuk kata terbitan daripada perkara fitnah yang turut terdapat dalam al-Quran, sekali gus menunjukkan isu fitnah perlu difahami dengan mendalam.

Antaranya:

- Pengertian ujian (Surah al-Anfal ayat 28, Surah al-Furqan ayat 20 dan Surah al-Qamar ayat 27),

- Syirik (Surah al-Baqarah ayat 193),

- Musibah dan kesusahan (Surah al-Haj ayat 11),

- Keburukan dan perpecahan (Surah al-Taubah ayat 47 dan 48),

- Peperangan dan pembunuhan (Surah al-Ahzab ayat 14).

Antara hadis sahih yang menyebut tentang fitnah ialah:

- “Tidak akan berlaku kiamat sehingga dua pihak yang ramai daripada kalangan orang Islam berperang sesama sendiri.” - Riwayat Bukhari, Ahmad dan Muslim.

- Hadis ini tidak menunjukkan masa yang tertentu, ia terbuka kepada mana-mana fitnah yang berlaku sama ada dahulu, kini dan akan datang.

- “Sesungguhnya pada ambang kiamat itu didahului oleh fitnah al-Harj, para sahabat bertanya: apakah makna al-Harj? Lalu dijawab oleh Rasulullah SAW: pendustaan dan pembunuhan. Mereka bertanya lagi: Pembunuhan apakah lebih banyak daripada apa yang kami bunuh? Nabi menjawab: ia bukan bermaksud membunuh orang Musyrikin, tetapi pembunuhan dalam kalangan orang Islam, sehingga seseorang itu sanggup membunuh jirannya, saudaranya, bapa saudaranya dan anak saudaranya,” - Riwayat Muslim.

- Al-Harj bererti pertumpahan darah yang berlaku dalam kalangan Muslimin sama dda peperangan mahupun pertentangan sesama mereka.

- “Sesungguhnya Islam pada permulaannya asing dan kembali asing, maka beroleh kebaikan bagi orang yang asing. Sesungguhnya akan hampir kiamat dengan munculnya fitnah seperti orang musafir pada malam yang gelap gelita, pada waktu petang dia keluar menghadapi malam tersebut dan pada waktu pagi dia menjadi kafir dan ada yang keluar pada waktu pagi dia mengharungi kegelapan tersebut maka apabila petang dia menjadi kafir. Mereka menjual agama mereka untuk mendapat keuntungan dunia,” - Riwayat Muslim.

l “Sesungguhnya akan berlaku fitnah, orang yang duduk ketika itu lebih baik daripada orang yang berdiri, orang berdiri lebih baik daripada orang yang berjalan dan orang yang berjalan lebih baik daripada orang berkenderaan,” - Riwayat Bukhari dan Muslim.

l “Bergegaslah melakukan amal soleh sebelum datang fitnah seperti malam yang gelap gelita,” - Riwayat Muslim.

HIKMAH PEMBERITAHUAN BERLAKUNYA FITNAH OLEH RASULULLAH

- Mendidik ummah bersedia apabila fitnah itu datang, mereka berkewajipan mencari jalan terbaik untuk kemaslahatan umat Islam.

- Mengisyaratkan golongan yang menimbulkan fitnah dalam masyarakat terdiri daripada mereka pada luarannya beriman dan melampau pegangan mereka serta menyeleweng.

- Mendedahkan ancaman golongan munafik.

- Keperluan golongan Mukmin bangkit menjalankan amal makruf dan nahi mungkar dalam menghadapi fitnah ini.

- Menggerakkan emosi, semangat umat Islam berjihad dan berdakwah menghadapi fitnah.

- Mengelak diri daripada terpengaruh dengan dunia, pangkat, kedudukan dan lain-lain yang melalaikan umat Islam daripada jihad serta dakwah,

- Pemberitahuan tentang fitnah yang akan berlaku dengan menyebut sebab berlaku, sikap umat Islam dan lain-lain untuk mencari punca berlakunya fitnah dan bagaimana langkah yang perlu diambil bagi menghadapi fitnah tersebut.

- Menunjukkan kebenaran risalah Nabi Muhammad SAW.

- Keimanan para sahabat Rasulullah SAW yang mendengar hadis-hadis ini bertambah setelah apa yang diriwayatkan menyerupai fitnah yang berlaku atau dilalui mereka, seterusnya berlaku pula di satu generasi ke satu generasi pada zaman masing-masing.

- Rasulullah menyebut dengan jelas fitnah peperangan dalam kalangan umat Islam sejak zaman sahabat, tabiin hingga hari ini. Perkara ini perlu dikaji untuk mendapat iktibar, orang Islam tidak sewajarnya menjadi pemerhati sahaja.

- Rasulullah memberi peringatan menghadapi fitnah mengikut suasana setempat, ada-kalanya baginda mencela orang yang terlibat, memuji orang yang tidak terlibat dan memuji mereka yang memperbaiki urusan orang Islam.

- Mereka yang terlibat dengan fitnah tidak menggunakan akal sewajarnya kerana mengikut hawa nafsu semata-mata dan menjual agama dengan keduniaan.

- Dalam menghadapi fitnah, golongan yang dijaga Allah tidak terlibat dengan pembunuhan tetapi berusaha untuk mengislahkan kepada kebaikan dan persaudaraan antara golongan yang bertentangan.

Rentetan episod fitnah berbangkit sebegini, umumnya majoriti ulama bersetuju tidak membincangkan peristiwa fitnah yang berlaku dalam kalangan para sahabat secara terperinci dan menyerahkan kepada Allah menentukan siapa yang benar serta beriktikad mereka merupakan individu yang layak berijtihad.

Jika betul ijtihad mereka dua pahala dan jika salah mendapat satu pahala ijtihad. Diriwayatkan Khalifah Umar bin Abdul Aziz ketika ditanya tentang Peperangan Siffin, berkata:

“Mereka terdiri daripada 
orang dibersihkan darah-darah mereka, aku tidak suka masuk campur dalam urusan mereka, lalu dia membaca firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah ayat 141 yang bermaksud: ‘Mereka itu adalah umat yang telah lalu sejarahnya; bagi mereka (balasan) apa yang mereka usahakan dan bagi kamu pula (balasan) apa yang kamu usahakan; dan kamu tidak akan ditanya (atau dipertanggungjawabkan) tentang apa yang mereka lakukan’.”

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain