Hakikatnya Zionis Yahudi Israel adalah negara kuasa militer antara terkuat di dunia. Maka, Masjidilaqsa tempat ketiga paling suci dan kiblat pertama umat Islam dengan mudah jatuh ke tangan mereka. Walaupun sesetengah pihak terkejut dengan tindakan drastik tersebut, namun ia bukanlah sesuatu yang ganjil kerana tindak tanduk Israel selama ini telah membuktikan hasrat dan cita-cita mereka untuk menguasai Masjidilaqsa sepenuhnya.

Kerja-kerja penggalian bawah tanah, penukaran nama-nama Islam kepada nama-nama Yahudi terhadap jalan, mercu, bangunan dan sebagainya telah dijalankan dalam tempoh beberapa tahun ini secara sistematik untuk menjadikan Baitulmaqdis milik Yahudi. Malah rancangan untuk memindahkan ibu kota Israel dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis juga sebahagian rancangan jangka panjang Israel sehingga pelantikan Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini juga dikaitkan dengan rancangan pemindahan itu.

Selain itu, Yahudi juga mendakwa Masjidilaqsa adalah kota Nabi Sulaiman a.s. Dakwaan ini hanyalah mewakili rasa kesombongan dan menafikan kebenaran lantaran Yahudi adalah kaum yang dilaknati kerana sentiasa berpaling daripada perintah dan ajaran Allah sejak dari zaman Nabi Ibrahim a.s. lagi. Hakikatnya mereka bukan lagi kaum terpilih tetapi kaum yang paling dimurkai Allah SWT.

RANCANGAN LEBIH DAHSYAT BAKAL TIBA

Rancangan lebih besar pasti berlaku terhadap Masjidilaqsa dan Baitulmaqdis selepas tindakan mereka Jumaat lalu itu, hanya menanti saat dan ketika. Mereka pasti mahu mengusir rakyat Palestin keseluruhannya keluar dari tanah yang diberkati itu kerana itulah matlamat perjuangan mereka sebagaimana kepercayaan kuat bahawa Palestin adalah ‘Tanah yang Dijanjikan’ buat kaum mereka selama ini.

Tanggal 14 Julai juga menyaksikan buat pertama kali sejak 1969, selepas kemenangan Israel dalam perang enam hari antara Arab-Israel 1967 yang membawa kepada penjajahan Palestin oleh Israel, Masjidilaqsa menjadi kosong, sepi dan tidak berpenghuni. Apa yang ada hanyalah tentera-tentera sombong Yahudi lengkap bersenjata memenuhi dan berkeliaran di segenap penjuru kawasan Masjidilaqsa.

Untuk beberapa hari dengan serta merta mereka menggeledah dengan rakus dan biadab malah dilaporkan merosakkan pelbagai peralatan masjid, artifak sejarah dan sebagainya. Sejak itu juga umat Islam Palestin hanya bersolat dan berzikir di luar Masjidilaqsa dengan dikawal tentera-tentera Israel yang bersenjata seperti mahu berperang sambil dibantu oleh anggota penembak tepat dari atas dan celah-celah bangunan, satu pemandangan biasa yang pernah saya lihat sendiri semasa peristiwa ‘intifada’ kebangkitan semula rakyat Palestin pada Oktober 2015 yang menyaksikan lebih 100 penduduk Islam Palestin dibunuh Israel.

Namun, di sebalik ketegangan dan suasana menakutkan itu, rakyat Palestin tidak sedikit pun gentar malah semakin berani menyebut nama Allah dan tidak henti bersolat menerbitkan rasa kekaguman luar biasa terhadap darjah keimanan mereka kepada Allah.

Selepas menutup Masjidilaqsa, pasukan keselamatan Israel dengan segera mengambil beberapa langkah yang dianggap penting buat mereka, antaranya :

  • Memasang pintu elektronik di pintu dan laluan masuk.
  • Memasang lebih banyak kamera litar tertutup termasuk dalam masjid.
  • Membuat serbuan dan menggeledah pejabat, tapak pembinaan, klinik, perpustakaan, muzium, almari dan setiap ruang yang ada dalam Masjidilaqsa.
  • Mengunci semua bilik, tempat wuduk dan kolam Masjidilaqsa.
  • Mengenakan pemeriksaan lebih ketat kepada semua umat Islam yang ingin masuk ke dalam Masjidilaqsa.
  • Membuat sekatan perjalanan, pusat pemeriksaan yang lebih banyak dan ketat ke atas rakyat Palestin dari luar Baitulmaqdis.

UNDANG KEMARAHAN SEJAGAT

Tindakan biadab Israel itu mengundang kemarahan dunia termasuk dari negara dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bukan Islam dan Islam. Namun seperti biasa tidak semua negara Islam memberikan reaksi sebaliknya terus membisu, kalau adapun hanya reaksi biasa seolah-olah menyokong tindakan biadab Zionis Yahudi, ini juga bukan fenomena luar biasa tetapi tersangat biasa!

Kerajaan Malaysia sudah mengeluarkan kenyataan yang mengutuk sekeras-kerasnya tindakan menutup Masjidilaqsa dan menuntut supaya Israel segera membukanya semula di samping menghentikan serta merta apa juga tindakan ke atas masjid suci itu kerana ia jelas melanggar norma-norma dan undang-undang antarabangsa.

NGO-NGO Islam seperti Yayasan Al-Quds Malaysia, Centhra, Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia, Angkatan Belia Islam Malaysia dan banyak lagi telah sebulat suara dan bersatu membantah tindakan Israel itu. Gabungan NGO Islam ini dijangka akan mengambil tindakan susulan dalam tempoh terdekat.

Bagi negara dan umat Islam keseluruhannya, hanya muafakat dan perpaduan mampu menghentikan segala kejahatan Israel dan negara-negara sekutunya. Bagi saya sendiri sebagai aktivis kemanusiaan malah buat kru-kru produksi penerbitan, ada kemungkinan tidak lagi dapat memasuki Masjidilaqsa dengan mudah lantaran terbinanya pintu-pintu elektronik, lambang keegoan zaman moden sebuah kaum yang paling ganas di dunia.