Ketua Pengarahnya, Datuk Abibullah Samsudin berkata, YaPEIM turut memfokuskan tiga aktiviti utama iaitu pembangunan sosioekonomi dan amal jariah serta sosial bisnes.

Usaha itu tambahnya, dilakukan selari dengan misi YaPEIM bagi membangunkan ummah melalui budaya beramal jariah, di samping membantu meringankan bebanan masyarakat yang memerlukan.

“Selain menawarkan perkhidmatan urus niaga seperti Ar-Rahnu dan YaPEIM Gold serta pelaburan hartanah dan perhotelan, YaPEIM juga menganjurkan pelbagai program kemasyarakatan mengikut segenap lapisan masyarakat menerusi Program Perkasa Komuniti.

“Program ini dijalankan sebagai langkah keprihatinan YaPEIM terhadap kesempitan hidup dialami masyarakat terutama nasib umat Islam di kawasan minoriti.

“Antara program yang diadakan adalah Program Kecemerlangan Pendidikan dan Keusahawanan, Kesedaran Agama dan Tanggungjawab Bermasyarakat, serta Program Motivasi dan Pembentukan Wawasan,” katanya kepada Mega Mimbar baru-baru ini.

Tambah Abibullah, kesemua program kebajikan yang dianjurkan itu adalah hasil daripada sumbangan orang ramai kepada YaPEIM menerusi saluran disediakan termasuk skim potongan gaji.

“Antaranya, kita peruntuk sebanyak RM10 juta untuk menjayakan program Inspirasi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017 dengan membabitkan 182,000 pelajar di 152 daerah seluruh negara.

“Sumbangan daripada orang ramai ini kita belanjakan secara telus dan tidak berselindung kepada golongan penerima, bukan sebagaimana yang didakwa oleh segelintir pihak tidak bertanggungjawab menabur pelbagai fitnah tidak berasas kepada YaPEIM,” ujarnya.

YaPEIM Prihatin 
(YaPEIM’s Care)

  •  Diperkenal pada 2012 dan digerakkan secara bersepadu melalui Kembara YaPEIM Prihatin.

Objektif:

  •  Mendekatkan YaPEIM kepada golongan sasar dalam memantapkan kebajikan dan menyemarakkan tradisi keilmuan
  • Menyempurnakan tanggungjawab sosial selaras skim-skim dan program anjuran YaPEIM secara bersepadu

Kumpulan sasar

  • Golongan miskin, yatim dan ditimpa musibah seperti bencana dan kemalangan luar jangka

 

Skim Khairat Nasional

l Diperkenal sejak 2006 bagi membantu aspek kebajikan dan membangunkan urus niaga anggota keluarga kumpulan sasar yang kehilangan ketua keluarga, ketua isi rumah dalam meneruskan kehidupan

Kumpulan sasar:

  • Bantuan Khairat Nasional
  1. Setiap keluarga mendapat RM1,000 atau RM200 seorang bagi setiap tanggungan atau mana yang lebih tinggi
  •  Balu yang tiada pekerjaan
  1. Tambahan RM1,000

 

Latar belakang

  • Mendapatkan gambaran jelas dan terperinci dalam penyediaan dan pelaksanaan Program Perkasa Komuniti
  • Mengadakan kerjasama melalui pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dengan beberapa agensi dan institusi
  • Antaranya mengadakan pertemuan bersama guru dan menyerahkan sumbangan amal YaPEIM