PILIHAN RAYA adalah proses memilih pemimpin dalam sistem demokrasi. Ia sewajibnya bebas daripada fitnah, adu domba, sikap ganas dan sebagainya. Proses itu perlu dilaksanakan dengan integriti, profesional, jujur dan pelbagai elemen penting yang menjamin kebersihan proses pilihan raya.

Oleh itu, fitnah adalah salah dan tidak harus dilakukan.