Sumbangan dikembalikan semula kepada kumpulan masyarakat yang memerlukan adalah menerusi pemberian barangan keperluan harian seperti beras, minyak, tepung dan gula. Baru-baru ini, barangan keperluan itu diserahkan kepada 75 asnaf yang dikenal pasti di sekitar Taman Melati.

Sebelum pelaksanaan inisiatif murni itu, pihak pengurusan Surau Jumaat Ikhtisamiah membuat hebahan selama dua bulan kepada anak kariah bagi memaklumkan penyerahan bantuan tersebut.

Apa yang menarik, bantuan yang diberikan itu bukan bersifat sementara atau ‘one off’ sebaliknya akan diberikan setiap bulan.

Program Santuni Asnaf yang dilaksanakan oleh pihak pengurusan surau itu melibatkan perbelanjaan sekitar RM4,500 setiap bulan yang diberikan kepada 75 penerima bantuan.

Yang turut hadir pada majlis penyerahan itu ialah Ketua Penyelaras Zon 2, Mohamad Fazli Zain; Timbalan Pengerusi Masjid Salahuddin al-Ayyubi, Sabar Mat; dan Timbalan Pengerusi Majlis Permuafakatan Penduduk Sub Zon 1, Mansor Saim.

Mohamad Fazli memuji usaha dijalankan oleh pengurusan surau yang kreatif menggunakan infak orang ramai bagi dikembalikan kepada mereka yang memerlukan.

Malah dia turut berharap inisiatif yang dilaksanakan oleh pihak Surau Jumaat Ikhtisamiah dapat diikuti oleh masjid dan Surau Jumaat Zon 2 yang 
lain. – HISYAMUDDIN AYUB