Sudah tentu, bagi kanak-kanak mumayiz (tahu membezakan baik dan buruk) pasti akan memilih gula-gula kedua bukan yang pertama. Ini kerana, secara lumrahnya seawal usia kanak-kanak lagi mengetahui sesuatu yang telah terbuka berkemungkinan besar tercemar dan tidak selamat dimakan.

Kedengaran agak keterlaluan, namun perumpamaan mudah itu serba sedikit dapat dikaitkan dengan satu daripada kewajipan umat Islam iaitu menutup aurat. Sebagaimana gula-gula tadi, menutup aurat dengan sempurna secara tidak langsung dapat membezakan seseorang dengan individu lain, pada masa sama mengangkat nilai mereka berbanding dengan orang yang sengaja mendedahkan aurat.

Ini kerana, sedar atau tidak, mendedahkan aurat atau tidak menutupnya dengan sempurna khususnya bagi wanita hakikatnya mengundang risiko kepada diri sendiri. Malah memakai pakaian mencolok mata itu juga boleh dikategorikan sebagai gangguan seksual kepada golongan lelaki yang memandang tanpa tidak disedari.

Ini sebagaimana sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Wanita itu aurat maka apabila dia keluar rumah, syaitan akan menyambutnya.” - Riwayat Tirmizi

Justeru, jangan menuding jari atau memarahi orang lain jika sengaja meletakkan diri kepada kebinasaan dan tidak tahu menjaga diri sendiri. Walaupun Islam menyuruh lelaki menundukkan pandangan, namun Allah SWT terlebih dahulu memerintahkan agar memelihara aurat dengan sempurna.