Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Berdiri sama tinggi dalam syurga

LELAKI terpendek di dunia Chandra Bahadur Dangi (dua dari kanan) 2
LELAKI terpendek di dunia Chandra Bahadur Dangi (dua dari kanan) bergambar bersebelahan patung lilin manusia tertinggi di dunia. Gambar dirakam sewaktu melawat The Red Carpet @ i-City, Selangor pada 2013.

TINGGI, rendah, cantik, buruk, hidung mancung, hidung kemik, kulit putih melepak, hitam melegam dan segala bentuk fizikal adalah ujian Allah untuk manusia di dunia. Kelebihan fizikal ini kadangkala menjadi sebab benci, cinta, bongkak, rendah diri, tidak puas hati dan sebagainya.

Benarlah kata Allah, dunia ini negeri ujian: “Dan Dialah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan sesetengah kamu atas sesetengahnya yang lain beberapa darjat, kerana Dia hendak menguji kamu pada apa yang telah dikurniakan-Nya kepada kamu. Sesungguhnya Tuhanmu amatlah cepat azab seksanya, dan sesungguhnya Dia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani,” (al-An’am [6:165]).

Sebut sahaja ujian pasti ada yang lulus dan gagal. Contoh yang gagal adalah manusia bongkak dengan kelebihan fizikal pinjaman Allah kepadanya. Lalu kecantikan itu disalah guna untuk kepentingan diri. Antara contoh gagal adalah orang yang menamatkan hidupnya dengan membunuh diri kerana tidak reda atau tak sanggup menanggung musibah hidup.

Manusia yang lulus pula bakal mengutip hasil sangat manis dalam syurga kelak. Syurga adalah negeri sejahtera yang selamat daripada sebarang kekurangan yang biasa dilalui oleh manusia semasa di dunia (Tafsir Ibn Kathir).

Firman Allah SWT: “Dan Allah menyeru manusia ke tempat kediaman yang selamat sentosa (syurga), dan Dia sentiasa memberi petunjuk hidayah-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut undang-undang peraturan-Nya) ke jalan yang betul lurus (yang selamat itu),” (Yunus [10:25]).


SANGGUP BERHABIS UNTUK CANTIK


Di dunia ini, manusia sangat mementingkan aspek fizikal. Mereka sanggup berhabis harta demi untuk sentiasa dipandang elok dan cantik. Jika ada teman yang lebih cantik dan tampan, perasaan hasad dengki mudah muncul. Oleh itu, Allah mencipta akhirat sebagai sebuah negeri yang sempurna dan setara antara semua manusia agar tiada lagi persaingan tidak sihat.

Mereka bakal dikurniakan tubuh lain yang muda belia dan tiada kekurangan atau kelemahan sebagaimana sabda Rasulullah SAW: “Ahli syurga akan masuk ke dalam syurga dalam keadaan Jurdan (yang tidak berbulu di badan), Murdan (yang tidak janggut), hitam kelopak matanya (seperti bercelak), muda remaja berusia 30 atau 33 tahun,” - Sunan Tirmizi.

Fizikal ahli syurga juga sangat berbeza, mereka berketinggian 60 hasta ke langit sebagaimana sabda Rasulullah: “Allah mencipta Nabi Adam a.s. tingginya 60 hasta. Kemudian Allah berfirman: “Pergi dan ucapkan salam kepada para malaikat yang sedang duduk itu, dan dengarkanlah apa jawapan hormat (salam) mereka kepadamu. Itulah salam penghormatan (salam) engkau dan keturunan engkau!” Nabi Adam lalu mengucapkan “Assalamualaikum”, (Sejahtera ke atas kamu). Para malaikat lalu mengucapkan: “ Sejahtera dan rahmat Allah ke atasmu. Para malaikat menambah lafaz: Warahmatullah (dan Rahmat Allah)”. Maka setiap orang yang masuk ke syurga akan memiliki fizikal seperti Nabi Adam (60 hasta tingginya). Dan manusia itu sentiasa bertambah kerdil sampai sekarang,” - Sahih Bukhari dan Muslim.

Ada yang bertanya, mengapa saiz manusia dalam syurga kelak sama sahaja? Jawapannya, ia adalah kesempurnaan nikmat Allah kepada ahli syurga kerana mereka tidak lagi bersaing dengan temannya dari segi saiz fizikal. Persamaan ini juga menghapuskan rasa tidak puas hati antara mereka. Pendek kata, ahli syurga kelak semuanya setara cantik dan tampannya. Mereka juga berdiri sama tinggi dan sebaya. Subhanallah! Indahnya suasana itu. Oleh itu, apa tunggu lagi? Marilah kita berusaha agar nikmat ini menjadi miliki kita kelak kerana ia memang digalakkan oleh Allah:

Firman Allah SWT: “Sesungguhnya (nikmat kesenangan syurga) yang demikian itu adalah sebenar-benar pendapatan dan kemenangan yang besar. Untuk memperoleh (kejayaan) yang seperti inilah hendaknya orang yang beramal melakukan amal usahanya dengan bersungguh-sungguh (di dunia),” (al-Saffat [37:60-61]).

Artikel Berkaitan
Video Terkini
Video Pilihan
Artikel Lain