Dalam satu kenyataan hari ini, BDB berkata, dalam bulan-bulan pembangunannya, bilangan peruncit boleh meningkat sehingga 25 dengan gabungan gaya hidup, makanan dan minuman dan outlet pendidikan.

Ia berkata, Hab Komersial Axis akan memulakan pembinaan bulan ini dan dijangka siap menjelang akhir 2019, dengan perniagaan di rumah kedai itu akan dibuka seawal suku pertama 2020.


"Pusat Runcit Kejiranan Axis dalam pembangunan Hub Komersial Axis akan menjadi pembangunan pusat pendidikan pertama di Kedah yang menawarkan lebih 41,000 kaki persegi ruang sewa.

"Pusat yang mempunyai reka bentuk kontemporari itu akan dibina dengan kos hampir RM5 juta dan bertujuan untuk menjadi destinasi makanan yang memaparkan penyedia makanan dan minuman isi rumah Kedah, di samping perkhidmatan runcit kejiranan yang penting seperti kedai dobi, farmasi dan klinik," katanya. - BERNAMA