Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Bayar nasi dengan kertas azimat pintu rezeki

PERCAYA kepada azimat yang kononnya mampu memberikan kuasa merupakan
PERCAYA kepada azimat yang kononnya mampu memberikan kuasa merupakan perbuatan syirik. - GAMBAR HIASAN

“BOLEH kami bayar makanan dengan ‘azimat pintu rezeki ini’? Tergamam seketika lelaki Arab penjaga kaunter di restoran nasi Arab ketika mendengar tawaran itu.

Itu adalah eksperimen mudah yang dibuat bagi meyakinkan pelajar saya betapa ‘benda’ itu langsung tidak mempunyai kuasa pembuka pintu rezeki. Murid saya itu peroleh azimat berkenaan daripada saudaranya. Kononnya perlu disimpan dalam dompet sebagai pembuka pintu rezeki.

Kisahnya, kami keluar bersama untuk makan tengah hari dan ketika mengeluarkan duit syiling membayar parkir saya terpandang sebuah kertas kecil dengan gambar rajah pelik dalam dompetnya. Apabila ditanya, saya dimaklumkan bahawa ia adalah azimat pembuka pintu rezeki yang dihadiahkan seorang saudaranya.

Murid saya ini tidak pernah percaya pun kemampuan azimat berkenaan. Dia sekadar menyimpannya sebagai koleksi kertas perca yang pernah diberikan seseorang. Lantas saya segera meremukkan kepercayaan adanya kuasa pembuka pintu rezeki pada kertas tersebut dengan cubaan membayar harga makanan di kaunter restoran.

Ayat mudah yang boleh dikatakan ialah jika ia baik sudah pasti Rasulullah SAW atau para sahabat akan menyarankan kita menggunakannya terlebih dahulu. Apa pula kata Rasulullah?

Ayuh kita ikuti sebuah kisah yang berlaku kepada seorang sahabat tersohor:

“Zainab isteri kepada Abdullah (bin Mas’ud) memberitahu bahawa (suaminya) Abdullah menegurnya dengan berkata: “Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya jampi, serapah dan tangkal adalah syirik (kepada Allah kerana kepercayaan memiliki kuasa seperti kuasa Allah). Zainab menjawab: Mengapa engkau berkata demikian? Mataku ini sakit, lalu aku pergi berubat dengan seorang lelaki Yahudi. Apabila dia menjampi, sakit mataku hilang.

Abdullah segera menjawab: “Itu semua adalah tipu daya syaitan! Dia sengaja mencucuk (matamu) dengan jarinya. Apabila dibaca jampi itu, dia (syaitan) berhenti. Sebenarnya cukuplah bagi kamu membaca doa yang diajar Rasulullah iaitu: Hilangkanlah (segala) sakit wahai Tuhan manusia. Sembuhkanlah kerana Engkaulah (satu-satunya) Yang Maha Penyembuh. Tiada penyembuhan melainkan penyembuhan yang Engkau berikan. Penyembuhan yang tidak akan meninggalkan bekas sakit,” - Sunan Abu Dawud.


TARBIAH BOLEH BERLAKU
DI MANA-MANA

Pendidikan bukan hanya berlaku dalam kelas pengajian tetapi boleh berlaku di mana-mana sahaja. Lihat sahaja kisah pengembaraan Nabi Musa dan Khidir a.s. Pendidikan berlaku sepanjang kembara mereka berdua (al-Kahfi [18:60-82]).

Saya teringat peristiwa didatangi seorang lelaki ketika selesai kuliah Tafsir di surau kami di Selayang dahulu. Lelaki itu bertanya mengenai status batu azimat yang dihadiahkan seseorang padanya. Batu itu dikatakan mampu menjadi pendinding untuknya. Saya simpulkan jawapan padanya dengan mengajukan dua soalan:

1. Batu azimat ini atau Hajarulaswad yang sepanjang masa melekat pada Kaabah itu lebih mulia? Tanpa perlu jawapan bertaraf Kemahiran Berfikir Aras Tinggi, semua tahu Hajarulaswad lebih hebat, tetapi kata-kata sahabat agung Umar bin al-Khattab r.a. sudah cukup menunjukkan hanya Allah pemegang kuasa mutlak: “Umar r.a. datang ke penjuru Hajarulaswad kemudian menciumnya sambil berkata: Sesungguhnya aku tahu engkau adalah batu yang tidak boleh menghalang mudarat atau (tidak boleh) memberi manfaat. Jika bukan kerana aku melihat Nabi SAW menciummu, aku pasti tidak akan menciummu,” - Sahih Bukhari.

2. Agaknya apa bakal terjadi jika kita mengetuk batu yang didakwa berkuasa itu dengan tukul besi? Pasti ia akan segera musnah berkecai. Logiknya, mana mungkin ia boleh melindungi orang lain jika diri sendiri pun tak dapat dilindungi?

Selepas kejadian di kaunter restoran, murid saya lantas berkongsi kisah yang pernah dibacanya berkaitan cara ulama tersohor Indonesia iaitu HAMKA menegur penjual azimat. Pada 1937, ulama itu membeli sebuah azimat (diukir dengan garisan yang didakwa garis tapak kaki Rasulullah SAW) di Bukit Tinggi dengan harga 10 sen.

Tangkal itu didakwa mampu mengelakkan kebakaran jika digantung dalam rumah. Selepas membelinya, HAMKA terus membakar azimat itu di hadapan si penjual. Selepas itu, beliau menegur penjual itu:

“Bagaimana ia akan dapat menangkal kebakaran padahal ia sendiri terbakar?” (Prof. Dr Hamka, Soal-Jawab Agama Islam, Jilid 2, Penerbitan Pustaka Melayu Baru, Kuala Lumpur, muka surat 27).

Kepercayaan kepada sesuatu yang tidak ketahuan kuasanya mengingatkan saya kebodohan Musyrikin Quraish yang ditempelak keras Allah dalam al-Quran: “Dan benda yang kamu sembah selain Allah, tidak dapat menolong kamu, bahkan tidak dapat menolong dirinya sendiri,” (al-A’raf [7:192])

Murnikan tauhid kita! Hanya Allah Pemberi rezeki dan pastinya Allah tidak pernah dan tidak akan sama sekali menswastakan pintu rezeki-Nya kepada sekeping azimat dalam kertas perca kecil yang jika dibuang sekalipun tak mampu menyelamatkan dirinya. Berfikirlah kerana Islam mengajar kita berfikir!

AZIMAT ATAU TANGKAL

  • Satu bentuk permohonan untuk mendapatkan pertolongan menggunakan objek yang ditulis dengan ayat-ayat atau huruf tertentu atau objek tertentu.
  • Dianggap mempunyai kuasa ghaib melampaui kekuatan semula jadi apabila dijampi atau dipuja untuk mendapatkan bantuan bagi manfaat diri sendiri atau memudaratkan orang lain.
  • Antara dalil mengharamkannya: ”Sesiapa yang menggantung tamimah (tangkal dari permata), maka Allah tidak akan menyempurnakannya (akan hajatnya), sesiapa yang menggantung wad’ah (tangkal berupa kulit kerang dari laut), maka Allah tidak memberi keamanan baginya,”- Riwayat Imam Ahmad.
    “Sesiapa yang menggantung azimat, sesungguhnya dia telah melakukan syirik,” - Riwayat Imam Ahmad.
    ”Sesungguhnya azimat (jampi), tangkal, dan tiwalah (minyak pengasih) adalah syirik,” - Riwayat Ibn Majah.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain