Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Baik kepada buruk, bukan sebaliknya!

BELAJAR dan dalami al-Quran daripada sumber asalnya agar kita 2
BELAJAR dan dalami al-Quran daripada sumber asalnya agar kita benar-benar faham apa yang Allah mahu kita faham. - GAMBAR HIASAN

TUMPUAN utama refleksi kali ini mengenai tafsiran sebenar ayat popular yang selalu digunakan pakar motivasi.

“Tiada kesudahannya hidup kita yang mundur seperti ini! Kita wajib melakukan sesuatu! Jika bukan kita yang mengubah nasib, siapa lagi! Tambahan pula Allah berfirman dalam al-Quran bahawa Dia tidak akan mengubah nasib (malang, mundur, buruk) sesuatu kaum sehingga kaum itu yang berusaha mengubah nasibnya.”

Sejurus frasa tersebut diucapkan, si penceramah motivasi dengan lancar membacakan sebuah ayat al-Quran: “Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri,” (al-Ra’d[13:11]).

Memang benar, takdir kita sudah tetap sejak azali dalam rahsia Allah. Yang tahu nasib atau takdir kita adalah Allah dan selaku manusia, tiada cara untuk mengetahuinya.

Oleh itu, kita wajib bersangka baik terhadap ketentuan Allah dengan melakukan usaha terbaik. Biar peluh membasahi badan lalu jatuh menitis ke bumi dek usaha yang dikerah.

Itu satu cara memajukan diri dengan mengubah tabiat pasif menjadi aktif, buruk menjadi baik, malas menjadi rajin.


PENCERAHAN

Soalnya apakah begitu maksud sebenar ayat popular motivasi yang sering dibacakan itu?

Subhanallah! Saya sendiri sebelum mendalami Tafsir al-Quran beranggapan begitu.

Setelah membaca ‘secara terus’ daripada sumber asal tafsir al-Quran, lain pula tafsiran yang dibuat oleh para ulama tafsir. Apa kata mereka? Mari kita lihat!

“Allah tidak akan mengubah nikmat, nasib baik, ketenangan, kemajuan atau kesejahteraan sesuatu kaum yang mentaati-Nya (dengan berpegang teguh kepada al-Quran dan Islam) sehingga kaum itu sendiri membuat pilihan lain (buruk) dengan melanggar arahan-Nya atau meninggalkan Islam sehingga menyebabkan hidup mereka menuju ke arah kehancuran.” Ini inti sari daripada beberapa kitab tafsir seperti Tafsir al-Alusi, al-Baghawi, al-Munir, al-Razi, Jalalayn, al-Nasafi.

Dalam Tafsir Ibn Kathir pula disebut sebuah riwayat daripada Imam Ibn Abi Hatim:

“Allah mewahyukan kepada seorang Nabi Bani Israil supaya memberitahu kepada umatnya: “Tiadalah penduduk sebuah negeri atau sebuah keluarga yang berada dalam ketaatan kepada Allah, lalu mereka menukar (gaya hidup) itu menjadi penderhakaan kepada Allah, melainkan Allah akan mengubah (kebaikan) yang mereka miliki menjadi sesuatu (keburukan) yang mereka benci. Penjelasan mengenainya memang disebut dalam al-Quran pada ayat 11 surah al-Ra’d ini (Tafsir Ibn Kathir).

Oleh itu, demi memahami ayat Surah al-Ra’d terdahulu, umat Islam perlu membacanya bersama ayat ini:

“(Balasan) yang demikian itu, ialah kerana sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu nikmat yang telah dikurniakan-Nya kepada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha mendengar, lagi Maha Mengetahui,” (al-Anfal [8:53]).

Contoh lain bagi menjelaskan maksud ayat di atas adalah kisah Perang Uhud. Ketika para pemanah ‘mentaati arahan Rasulullah’ untuk kekal berada atas bukit pemanah, ‘kegemilangan dan kemenangan’ menjadi milik umat Islam.

Setelah sebahagian mereka meninggalkan lokasi mereka kerana terpukau dengan kilauan dunia dan harta yang ditinggalkan pihak musuh, keadaan baik bertukar wajah. Ia disinggung oleh Allah dalam firman-Nya:

“Dan demi sesungguhnya, Allah telah menepati janji-Nya (memberikan pertolongan) kepada kamu ketika kamu (berjaya) membunuh mereka (beramai-ramai) dengan izin-Nya, sehingga ke masa kamu lemah (hilang semangat untuk meneruskan perjuangan) dan kamu berbalah dalam urusan (perang) itu, serta kamu pula menderhaka (melanggar perintah Rasulullah) sesudah Allah perlihatkan kepada kamu akan apa yang kamu sukai (kemenangan dan harta rampasan perang). Antara kamu ada yang menghendaki keuntungan dunia semata-mata, dan antara kamu ada yang menghendaki akhirat, kemudian Allah memalingkan kamu daripada menewaskan mereka untuk menguji (iman dan kesabaran) kamu; dan sesungguhnya Allah telah memaafkan kamu, (semata-mata dengan limpah kurnia-Nya). Dan (ingatlah), Allah sentiasa melimpahkan kurnia-Nya kepada orang yang beriman,” (Ali ‘Imran [3:152]).


ADAKAH SALAH?

Pasti akan ada yang bertanya, ‘Kalau begitu, adakah salah jika kita memahami ayat ini secara terbalik seperti biasa disebut penceramah motivasi?’

Tak salah! Ia boleh digunakan dengan makna lain asal sahaja tidak menyimpang jauh daripada makna asal.

Bahkan dalam kaedah Usul Fiqh disebut:

“Pengajaran sesuatu ayat al-Quran perlu difahami kepada maknanya yang umum, tidak hanya terikat pada sebab penurunannya yang khusus.”

Namun untuk lebih beradab dengan Allah, kita wajib terlebih dahulu mengutamakan makna sebenar yang mahu disampaikan Allah melalui firman-Nya. Berlebih kurang dengan terus menggunakan kaedah di atas sehingga mengabaikan maksud sebenar sesuatu ayat dibimbangkan bakal menutup makna sebenar sesuatu ayat.

Dalam pengajian tafsir, 
aspek ‘siyaq ayat’ (konteks atau maksud sebenar sesuatu ayat) sangat penting agar sebarang firman Allah difahami dalam maksud yang Dia mahu kita faham. IJika ini cara kita, barulah al-Quran mampu mengubah jiwa kerana ubatnya diberi mengikut dos sebenar yang diperlukan 
jiwa.

Allah pula bukan doktor yang merawat kita, tetapi Pencipta kita yang paling tahu apa ubat terbaik untuk jiwa hamba-Nya.

Belajar dan dalamilah al-Quran daripada sumber asalnya agar kita benar-benar faham apa yang Allah mahu kita faham.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain