Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Ayuh ke Himpunan 355

UMAT Islam perlu memberi sokongan penganjuran Himpunan 355. 2
UMAT Islam perlu memberi sokongan penganjuran Himpunan 355.

SABTU ini bakal menyaksikan hari penting bagi umat Islam di Malaysia apabila perhimpunan bagi menyokong pindaan kepada Akta Bidang Kuasa Jenayah (Mahkamah Syariah) 1965 atau lebih dikenali sebagai Akta 355 akan diadakan di Padang Merbok Kuala Lumpur.

Himpunan dinamakan H355 itu bertujuan menzahirkan kehendak rakyat yang mahukan akta tersebut dipinda bagi membolehkan Dewan-Dewan Undangan Negeri seluruh Malaysia diberikan kuasa untuk meningkatkan hukuman kesalahan jenayah syariah sedia ada iaitu tiga tahun penjara, denda RM5,000 dan enam kali sebatan.

Bukanlah akta baharu, Akta 355 ini telah diluluskan pada tahun 1965 sebelum dipinda pada tahun 1984 dan dipinda sekali lagi bagi diperluas ke Sabah dan Sarawak pada tahun 1988. Hairannya kenapa dahulu ia begitu mudah dipinda namun pendekatan sama sukar diambil pada tahun ini.

Terdapat sebahagian pihak mempertikai keperluan mengadakan H355 kerana sebelum ini tidak perlu diadakan tindakan seperti ini. Perkara yang tidak dilakukan sebelum ini tidak bermakna tidak boleh dilakukan sekarang.

Bagi saya himpunan ini penting bagi memberi isyarat kepada ahli politik khususnya Ahli-Ahli Parlimen berhubung kehendak rakyat yang mereka wakili. Seorang Ahli Parlimen setelah dipilih bukanlah bebas melakukan apa sahaja, sebaliknya perlu mewakili pengundi dan kehendak pengundi perlulah dituruti.

Berbalik kepada Akta 355 ini, sebenarnya pada 17 November lalu di Pusat Islam Kuala Lumpur, empat buah pertubuhan iaitu Persatuan Pegawai Syariah Malaysia (terdiri daripada pegawai-pegawai Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia dan Jabatan Kehakiman Syariah negeri-negeri) Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (keahlian terdiri daripada peguam sivil dan peguam syarie beragama Islam seluruh Malaysia), Persatuan Peguam Syarie Malaysia (terdiri daripada peguam-peguam syarie seluruh Malaysia) dan Persatuan Pegawai Agama Malaysia (terdiri daripada perkhidmatan kerajaan Persekutuan dan negeri dalam sektor agama) telah menyerahkan memorandum kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri menyokong pindaan Akta 355 dan meminta agar pindaan ini direalisasikan.

Kesemua ahli pertubuhan inilah yang setiap hari melaksanakan undang-undang di Mahkamah Syariah sama ada sebagai penguat kuasa, pendakwa, peguam syarie atau hakim syarie. Mereka menyokong penuh pindaan Akta 355.

Namun hairannya, ada yang tidak pernah menjejakkan kaki di mahkamah syariah menentang pindaan akta ini dengan pelbagai alasan dan retorik.

HUJAH BANTAHAN RETORIK

Antara isu lantang yang dibangkitkan bagi menentang pindaan akta ini adalah kerana didakwa tidak berperlembagaan. Namun begitu sangat sedikit perbahasan yang dikemukakan dalam aspek di manakah ia tidak berperlembagaan.

Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan memperuntuk kuasa Parlimen (Senarai I) dan kuasa Dewan Undangan Negeri (Senarai II) serta kuasa bersama (Senarai III) membuat undang-undang mengenai perkara yang dinyatakan dalam senarai berkenaan.

Perkara jenayah terletak di bawah Senarai I yang menjelaskan bahawa kuasa membuat undang-undang dimiliki oleh Persekutuan (Parlimen). Manakala kuasa mewujudkan kesalahan dan hukuman melanggar perintah agama Islam dalam kalangan penganut Islam adalah kuasa Negeri (Dewan Undangan Negeri).

Namun kuasa mengadakan hukuman bagi orang yang melanggar perintah agama Islam ini boleh dibataskan oleh undang-undang Persekutuan.

Pada ketika ini terdapat satu undang-undang Persekutuan iaitu Akta Bidang Kuasa Jenayah (Mahkamah Syariah) 1965 (Disemak pada 1988) (Akta 355) memperuntuk bahawa takat hukuman yang boleh dibuat oleh Dewan-Dewan Undangan Negeri hanyalah tiga tahun penjara, denda RM5,000 dan enam kali sebatan.

Rang Undang-Undang Persendirian dibentang Ahli Parlimen Marang adalah bagi meminda Akta Bidang Kuasa Jenayah (Mahkamah Syariah) 1965 telah pun sebelum ini disemak pada tahun 1984 dan 1988.

Oleh itu di manakah isu ‘ketidakperlembagaan’ RUU Persendirian yang dibentangkan itu? Kenapa pula pada tahun 1965, 1984 dan 1988 sewaktu pindaan tersebut dibuat isu ‘keperlembagaan’ ini tidak timbul?

Daripada teks RUU Persendirian itu pula adalah amat jelas pindaan ingin dibuat hanyalah bagi kesalahan yang meliputi penganut agama Islam sahaja dan terhad kepada kesalahan melanggar perintah agama Islam (Senarai II).

Sehingga hari ini, tiada satu pun cubaan bagi mengisytiharkan Akta 355 ini tidak berperlembagaan berjaya diperoleh daripada mahkamah. Jika benar sesetengah golongan berpegang kepada isu perlembagaan pergilah ke mahkamah bagi mendapatkan perisytiharan sebegitu.

Sebagai pengamal peguam sivil dan syarie hampir 25 tahun, saya telah melihat evolusi kedua-dua mahkamah sivil dan syariah. Namun evolusi di mahkamah syariah seolah-olah disekat kerana bidang kuasa jenayah yang terlalu kecil tidak membantu pembangunan undang-undang itu sendiri.

Saya merasakan amat penting bagi usaha memartabatkan dan menaik taraf mahkamah syariah dilakukan segera. Ia sudah lama tertangguh. H355 bagi menzahirkan kehendak umat Islam arus perdana, ia memberi isyarat kepada Ahli-Ahli Parlimen apakah yang diinginkan oleh umat Islam.

Oleh kerana 
hukuman terlalu ringan, hampir 90 peratus kes jenayah di mahkamah syariah berakhir dengan pengakuan salah.

Artikel Berkaitan
Video Terkini
Video Pilihan
Artikel Lain